Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Program Matrikulasi KPM Sesi 2021/2022

Bagi yang belum pernah memohon, permohonan Program Matrikulasi KPM sekali lagi akan dibuka mulai 17 Jun 2021 jam 3.00 petang hingga 22 Jun 2021 jam 3.00 petang.

Sebelum ini, program matrikulasi telah dibuka pada awal bulan Mac. Semakan keputusan permohonan ke Program Matrikulasi akan boleh dibuat pada 8 Julai 2021 jam 3.00 petang.

Calon-calon lepasan SPM adalah dipelawa untuk memohon kemasukan di matrikulasi-matrikulasi yang terdapat di seluruh negara berdasarkan jurusan / aliran yang ditawarkan.

Isi Kandungan

Jurusan / Aliran Yang Ditawarkan

Program Matrikulasi KPM menawarkan tiga jurusan iaitu:

  1. Jurusan Sains:
    a) Sains Hayat
    b) Sains Fizikal
    c) Sains Komputer
  2. Jurusan Kejuruteraan:
    a) Kejuruteraan Asas
    b) Kejuruteraan Awam
    c) Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
    d) Kejuruteraan Mekanikal
  3. Jurusan Perakaunan
    a) Perakaunan
    b) Perakaunan Profesional

permohonan matrikulasi 2021

Syarat Kelayakan Permohonan Program Matrikulasi KPM 2021

Syarat kelayakan permohonan Matrikulasi 2021 adalah seperti berikut:

  • Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2021.
  • Pemohon mesti mendaftar mata pelajaran berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. (rujuk senarai jurusan / aliran di bawah)

a. Jurusan Sains

  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan salah satu mata pelajaran sama ada Fizik atau Biologi.

b. Jurusan Kejuruteraan

  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan satu (1) daripada mata pelajaran seperti yang berikut:
    • Biologi/ Sains Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian
    • Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
    • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Asas Kelestarian/
    • Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta / Sains
    • Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik
    • Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan / Ekonomi/
    • Perdagangan/ Perniagaan.

c. Jurusan Perakaunan

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, dan Matematik. Pemohon juga perlu mengambil mana-mana tiga (3) mata pelajaran seperti yang berikut:

  • Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik Tambahan/ Sains/ Sains
  • Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/
  • Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta / Sains Komputer/ Sains
  • Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/
  • Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/
  • Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian
  • Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

d. Jurusan Perakaunan Profesional

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan. Pemohon juga perlu mengambil mana-mana dua (2) mata pelajaran seperti yang berikut:

  • Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan / Lukisan
  • Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah
  • Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Grafik
  • Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/
  • Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/
  • Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian
  • Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik &
  • Elektronik

permohonan matrikulasi 2021

Jurusan Sains ditawarkan di semua kolej matrikulasi kecuali di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan dan Kolej MARA Kuala Nerang.

Jurusan Kejuruteraan hanya ditawarkan di:

  • Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
  • Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
  • Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor

Jurusan Perakaunan ditawarkan di semua kolej matrikulasi kecuali Kolej Matrikulasi Kejuruteraan, Kolej Matrikulasi Sarawak dan Kolej MARA Kulim.

Jurusan Perakaunan Profesional hanya ditawarkan di Kolej Matrikulasi Selangor

Senarai Matrikulasi Di Malaysia

Terdapat 15 buah kolej matrikulasi KPM di seluruh Malaysia dan 2 Kolej MARA yang mengendalikan Program Matrikulasi. Dibawah merupakan laman web rasmi kolej matrikulasi bagi setiap tempat:

  1. Kolej Matrikulasi Melaka 
  2. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
  3. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
  4. Kolej Matrikulasi Labuan
  5. Kolej Matrikulasi Perlis
  6. Kolej Matrikulasi Johor
  7. Kolej Matrikulasi Johor (Kejuruteraan)
  8. Kolej Matrikulasi Perak
  9. Kolej Matrikulasi Kedah
  10. Kolej Matrikulasi Kedah (Kejuruteraan)
  11. Kolej Matrikulasi Pahang
  12. Kolej Matrikulasi Pahang (Kejuruteraan)
  13. Kolej Matrikulasi Selangor
  14. Kolej Matrikulasi Kelantan
  15. Kolej Matrikulasi Sarawak

Kami juga sertakan dua kolej MARA yang ada, iaitu:

  1. Kolej MARA Kulim
  2. Kolej MARA Kuala Nerang

Cara Permohonan & Semakan Kemasukan Program Matrikulasi KPM 2021 / 2022

Permohonan secara dalam talian ke Program Matrikulasi KPM bagi calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2020 akan dibuka mulai 17 Jun 2021 hingga 22 Jun 2021.

Bagi yang telah membuat permohonan Mac lalu, anda boleh membuat semakan mulai 7 Julai 2021.

Sila layari laman web rasmi http://matrikulasi.moe.gov.my untuk membuat permohonan dan semakan keputusan pada tarikh tersebut.

NOTA: Permohonan tidak memerlukan pembelian nombor PIN

permohonan ke program matrikulasi

Maklumat Lanjut Tentang Permohonan Program Matrikulasi KPM 2021

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan matrikulasi 2021, sila rujuk senarai set Soalan Lazim.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More