Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Program Matrikulasi KPM Terkini

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi KPM Terkini hanya dibuka dalam tempoh tertentu sahaja setiap tahun.

Bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Program Matrikulasi KPM merupakan satu pilihan pra-universiti untuk melanjutkan pengajian selain program Asasi, Diploma atau Sijil.

Antara kelebihan Program Matrikulasi adalah tempoh pengajian yang singkat iaitu 1 atau 2 tahun sahaja berbanding Diploma dan pelajar berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda sebaik sahaja menamatkan pengajian dalam jurusan yang diambil.

Mulai tahun 2017, semua lulusan Program Matrikulasi KPM kini dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam.

Isi Kandungan

Sejarah Dan Latar Belakang Program Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi diwujudkan pada tahun 1998 merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Kumpulan pertama (perintis) pelajar program ini adalah pada tahun 1998 yang terdiri daripada kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan pemilihan pelajar ini berdasarkan kepada keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa mereka.

Program Matrikulasi KPM terus berkembang dengan perubahan tempoh masa pengajian dari 1 tahun 6 bulan kepada 1 tahun (Program Matrikulasi Satu Tahun – PST) pada tahun 2002.

Sehingga tahun 2013, seramai 30,000 tempat disediakan bagi pelajar PST dan PDT dan jumlah ini terus bertambah setiap tahun.

Permohonan Program Matrikulasi KPM Terkini 1
Senarai logo Program Matrikulasi KPM Terkini

Pilihan Jurusan / Bidang Program Matrikulasi KPM Terkini

Program Matrikulasi KPM menawarkan 2 jenis program iaitu:

  • Program Satu Tahun (PST).
  • Program Dua Tahun (PDT).

Struktur pengajian setiap program menggunakan sistem semester iaitu 2 semester bagi Program Satu Tahun (PST) dan 4 semester bagi Program Dua Tahun (PDT).

Program Matrikulasi menawarkan 4 jurusan iaitu:

  1. Jurusan Sains.
  2. Jurusan Kejuruteraan.
  3. Jurusan Perakaunan.
  4. Jurusan Perakaunan Profesional.

Setiap pelajar yang mengikuti pengajian di Program Matrikulasi KPM diwajibkan mengambil pakej kursus pengkhususan yang telah ditetapkan mengikut jurusan seperti jadual di bawah.

JurusanPakej Kursus Pengkhususan
SainsModul I: Matematik, Kimia, Fizik, Biologi.
Modul II: Matematik, Kimia, Fizik, Sains Komputer.
Modul III: Matematik, Kimia, Biologi, Sains Komputer.
KejuruteraanMatematik, Kimia, Fizik, Asas Kejuruteraan.
PerakaunanMatematik, Perakaunan, Ekonomi, Pengurusan Perniagaan.
Perakaunan ProfesionalMatematik, Perakaunan Kewangan, Perakaunan Pengurusan, Perakaunan Perniagaan.
Senarai kursus pengkhususan mengikut jurusan bagi semua Program Matrikulasi KPM Terkini

Seterusnya, selain kursus pengkhususan yang dinyatakan di atas, pelajar juga diwajibkan untuk mengambil kursus wajib seperti berikut:

  • English.
  • Pengajian Am Matrikulasi.
  • Pendidikan Islam / Moral.
  • Kokurikulum.

Senarai Lokasi Program Matrikulasi KPM Terkini

Berikut merupakan senarai lokasi Matrikulasi KPM seluruh Malaysia yang terkini dan hubungi nombor telefon yang tertera sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai jurusan yang ditawarkan.

Institusi / AlamatHubungi
Kolej Matrikulasi Melaka
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
78300 Masjid Tanah, Melaka.
Tel: 06 – 3832 000
Faks: 06 – 3846 100
E-mel: kmm[@]kmm.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kmm.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tel: 06 – 4841 825
Faks: 06 – 4841 821
E-mel: info[@]kmns.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kmns.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Tel: 04 – 5756 090
Faks: 04- 5757 389
E-mel: info[@]kmpp.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Perlis
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
02600 Arau, Perlis.
Tel: 04 – 9868 613, 04 – 9868 614, 04 – 9868 615, 04 – 9868 616
Faks: 04 – 9868 542, 04 – 9868 543
E-mel: info[@]kmp.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kmp.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Labuan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Jalan OKK Daud, Merinding, 
Peti Surat 81735, 
87027 Wilayah Persekutuan Labuan.
Tel: 08 – 7465 311, 08 – 7465 314
Faks: 08 – 7466 500
E-mel: adminkml[@]kml.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kml.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Jalan Payamas, 
84900 Tangkak, Ledang, Johor.
Tel: 06 – 9781 613
Faks: 06 – 9781 595
E-mel: info.kmj[@]kmj.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kmj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
31600 Gopeng, Perak.
Tel: 05 – 3594 449, 05 – 3594 600
Faks: 05 – 3594 412, 05 – 3594 413
E-mel: info[@]kmpk.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kmpk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
06010 Changlun, Kedah.
Tel: 04 – 9286 100
Faks: 04 – 9242 186
E-mel: info[@]kmk.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kmk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
26300 Gambang, Pahang.
Tel: 09 – 5495 000
Faks: 09 – 5499 612, 09 – 5498 996
E-mel: info[@]kmph.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kmph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah.
Tel: 04 – 4682 508
Faks: 04 – 4682 281
E-mel: admin.kmtk.matrik[@]1govuc.gov.my
Laman Web: http://www.kmtk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
26400 Bandar Jengka, Pahang.
Tel: 09 – 4677 103
Faks: 09 – 4677 102
Laman Web: http://www.kmtph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
KM 5, Jalan Kukup, 
Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor.
Tel: 07 – 6881 629, 07 – 6881 630
Faks: 07 – 6881 631, 07 – 6882 720
E-mel: info[@]kmtj.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kmtj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Selangor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Kathong Mukim Jugra, 
42700 Banting, Selangor.
Tel: 03 – 3120 1410
Faks: 03 – 3120 1372
E-mel: webmaster[@]kms.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kms.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kelantan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Beg Berkunci No. 3, 
16810 Selising, Kelantan.
Tel: 09 – 7808 000
Faks: 09 – 7808 080
E-mel: webmaster[@]kmkt.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kmkt.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Lot 216, Fasa II, 
Taman Perindustrian Sejingkat, 
Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak.
Tel: 08 – 2439 100
Faks: 08 – 2433 108
E-mel: admin[@]kmsw.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kmsw.matrik.edu.my
Kolej MARA Kulim
Jalan Junjong, 
09000 Kulim, Kedah.
Tel: 04 – 4906 422
Faks: 04 – 4906 426
E-mel: info[@]kmkulim.edu.my
Laman Web: http://www.kmkulim.edu.my
Kolej MARA Kuala Nerang
Lot 556, Daerah Padang Terap, 
06300 Kuala Nerang, Kedah.
Tel: 04 – 7867 250, 04 – 7867 255
Faks: 04 – 7867 254
E-mel: sysadmin[@]kmknerang.edu.my
Laman Web: http://www.kmkn.edu.my
Senarai Program Matrikulasi KPM Terkini

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi KPM Terkini

Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM hanya dibuka dalam tempoh tertentu sahaja bagi setiap tahun.

Anda boleh rujuk halaman rasmi Aplikasi Permohonan Program Matrikulasi KPM Terkini dari semasa ke semasa untuk permohonan terkini.

Permohonan Program Matrikulasi KPM Terkini 2
Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM Terkini

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Program Matrikulasi KPM Terkini ini, anda boleh rujuk Brosur Matrikulasi KPM atau boleh terus membuat aduan kepada [email protected].

Diharapkan info terkini tentang Program Matrikulasi KPM Terkini ini dapat memberikan manfaat kepada anda di luar sana.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More