Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka permohonan bagi Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) bagi perkhidmatan awam persekutuan untuk tahun 2021. Untuk makluman, PPKP ini dilaksanakan bagi dua peringkat pengajian iaitu:

  • Ijazah pertama secara sepenuh masa
  • Sijil Kemahiran Malaysia/Diploma Kemahiran Malaysia, Diploma dan Ijazah Pertama secara sepenuh masa

Tarikh permohonan untuk ijazah pertama secara sepenuh masa adalah bermula 12 April hingga 21 Mei 2021 manakala untuk permohonan Sijil Kemahiran Malaysia/Diploma Kemahiran Malaysia, Diploma dan Ijazah Pertama secara sepenuh masa pula adalah pada 12 April hingga 31 Disember 2021.

Isi Kandungan

Senarai Bidang Pengajian

Senarai bidang pengajian yang layak memohon PPKP bagi Diploma dan Ijazah Pertama adalah seperti berikut:

  • Agriculture and Veterinary
  • Arts and Humanities
  • Education
  • Engineering, Manufacturing and
  • Construction
  • Engineering, Manufacturing and Construction
  • Health and Welfare
  • Science, Mathematics and Computing
  • Services
  • Social Science, Business and Law

Untuk peringkat Sijil Kemahiran Malaysia/Diploma Kemahiran Malaysia, senarai bidang boleh dirujuk di sini.

permohonan permohonan

Syarat Umum

Untuk syarat umum, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

i) Ijazah pertama secara sepenuh masa

  1. Pegawai Kumpulan Pelaksana dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap.
  2. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini sebelum atau pada tarikh tutup permohonan iaitu 21 Mei 2021.
  3. Mencapai markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% ke atas bagi tempoh 3 tahun di skim perkhidmatan terkini secara berturut-turut (2018, 2019 & 2020). Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan.
  4. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari 2021.
  5. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun pada 1 Januari 2021.
  6. Memperoleh pencapaian akademik:
    – Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk kepujian subjek Bahasa Melayu dan lulus Sejarah atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau setara; dan
    – Memiliki kelulusan sama ada Diploma/ Diploma TVET/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/ ALevel atau yang setara dengannya.
  7. Memperoleh skor bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) berdasarkan kepada ketetapan universiti.
  8. Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  9. Telah menerima tawaran dan memulakan pengajian (belum mempunyai Purata Nilai Gred Keseluruhan – PNGK) di peringkat ljazah Pertama secara separuh masa pada tarikh tutup permohonan iaitu pada 21 Mei 2021 atau sedang dalam pengajian di peringkat ljazah Pertama secara separuh masa (dengan PNGK minimum 3.00) dan mempunyai sekurangkurangnya baki 3 semester pada tarikh tutup permohonan iaitu 21 Mei 2021.
  10. Pegawai yang memohon kemudahan ini hendaklah mengikuti kursus pada peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik yang telah dimiliki.
  11. Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/sederhana/ pendek di bawah kemudahan cuti belajar sedia ada.
  12. Telah mendapat kelulusan melanjutkan pengajian secara separuh masa daripada Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan.
  13. Bebas dari sebarang pertuduhan/tindakan tatatertib/ dakwaan mahkamah.
  14. Bukan peminjam tegar pinjaman pelajaran atau bukan dalam senarai hitam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau badan penaja lain.
  15. Telah mengisytiharkan harta.
  16. Calon perlu bebas dari sebarang penyakit kronik.
  17. Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti.

ii) Sijil Kemahiran Malaysia/Diploma Kemahiran Malaysia, Diploma dan Ijazah Pertama secara sepenuh masa

  1. Pegawai Kumpulan Pelaksana dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap.
  2. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini.
  3. Mencapai markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% ke atas bagi tempoh 3 tahun di skim perkhidmatan terkini secara berturut-turut (2018, 2019 & 2020) dan penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan.
  4. Telah menerima tawaran melanjutkan pengajian pada tahun 2021 secara sepenuh masa dan belum memulakan pengajian di pusat-pusat bertauliah awam yang ditauliahkan oleh JPK atau politeknik/universiti awam yang dipersetujui JPA.
  5. Pegawai yang memohon kemudahan ini hendaklah mengikuti kursus pada peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik yang telah dimiliki.
  6. Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/sederhana/pendek di bawah kemudahan cuti belajar sedia ada.
  7. Permohonan diperaku oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
  8. Bebas dari sebarang pertuduhan/tindakan tatatertib/dakwaan mahkamah.
  9. Bukan peminjam tegar pinjaman pelajaran atau bukan dalam senarai hitam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau badan penaja lain.
  10. Telah mengisytiharkan harta.
  11. Calon perlu bebas dari sebarang penyakit kronik.
  12. Calon tidak mendapat penajaan/biasiswa/pinjaman dari badan-badan lain bagi kursus yang dimohon.

Syarat Khusus

Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus iaitu:

i) Sijil/Diploma Kemahiran Malaysia

  1. Had umur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari 2021.
  2. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun pada 1 Januari 2021.
  3. Memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
  4. Pegawai mengikuti kursus/ latihan kemahiran dalam tempoh:
    – Sijil Kemahiran Malaysia: 6 hingga 24 bulan
    – Diploma Kemahiran Malaysia: 24 hingga 36 bulan
  5. Kursus ditauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
  6. Memiliki kelulusan di peringkat sijil dalam bidang yang sama dengan kursus yang dimohon (mengikut Daftar Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK)) – bagi permohonan Diploma Kemahiran Malaysia sahaja.
  7. Ditawarkan bidang pengajian pada tahun 2021 yang ditauliahkan oleh JPK di Pusat Bertauliah Awam

ii) Diploma

  1. Had umur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari 2021.
  2. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun pada 1 Januari 2021.
  3. Memperoleh pencapaian akademik sekurang-kurangnya 3 kepujian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk kepujian subjek Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dan setara.
  4. Ditawarkan bidang pengajian pada tahun 2021 di universiti-universiti awam atau politeknik.
  5. Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

iii) Ijazah Pertama

  1. Had umur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari 2021.
  2. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun pada 1 Januari 2021.
  3. Memperoleh pencapaian akademik:
    – Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk kepujian subjek Bahasa Melayu dan lulus Sejarah atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau setara; dan
  4. Memiliki kelulusan sama ada Diploma/ Diploma TVET/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/ ALevel atau yang setara dengannya.
  5. Memperoleh skor bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) berdasarkan kepada ketetapan universiti.
  6. Ditawarkan bidang pengajian pada tahun 2021 di universiti-universiti awam atau politeknik.
  7. Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Cara Memohon

Pemohon boleh membuat permohonan PPKP melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PPKP
  2. Klik bahagian ‘Daftar’ untuk pendaftaran kali pertama.
  3. Isi maklumat dengan lengkap dan dan klik ‘Daftar Akaun Pengguna.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan hantar sebelum tarikh tutup permohonan.
  6. Pemohon dibenarkan mengemas kini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PPKP, sila berhubung dengan pihak JPA melalui talian 03-8885 3053 atau 03-8885 3367/3468/3518 atau menghantar email ke [email protected] atau [email protected]

Artikel lain : Kadar kebolehjangkitan COVID-19 tertinggi di Kelantan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More