Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Official Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari 2023 (TESP 2023)

Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari 2023 atau Tawaran Program TESP atau Tertiary Education Sponsorship Programme oleh MARA untuk tahun 2023 kini dibuka.

Permohonan secara atas talian (online) kini dibuka bermula pada 12 Oktober sehingga 6 November 2023.

Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama boleh memohon.

Isi Kandungan

Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari 2023

TESP (Tertiary Education Sponsorship Programme) ialah Program Penajaan Pengajian Tertiari adalah program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi / Asasi / Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih bagi sesi kemasukan 2023.

Pinjaman Boleh Ubah bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian, tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.

Program ini dibuka khusus kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan kelayakan akademik tertentu di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terpilih.

Pinjaman pelajaran di bawah Program TESP ini merangkumi:

  • Yuran Pengajian
  • Elaun Sara Hidup (ESH)
  • Elaun Pengangkutan
  • Elaun Pengangkutan (pergi dan balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang melanjutkan pengajian di Sabah / Sarawak atau pelajar Sabah / Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung.

Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari 2023

Syarat Kelayakan Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari 2023

Syarat-syarat kelayakan umum program ini adalah:

  1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pelajar tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan.
  3. Memenuhi kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) yang ditetapkan.
  4. Ibu, bapa dan penjaga serta pemohon tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
  5. Tidak pernah menerima pinjaman bagi peringkat pengajian yang sama.
  6. Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan.

Syarat-syarat kelayakan khusus adalah seperti berikut:

  1. Bagi pelajar baharu, perlu memperolehi keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK (CGPA) 3.00 dan ke atas bagi peringkat pengajian Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM dan yang setaraf dengannya. Pelajar juga telah mendapat tawaran dan mendaftar pengajian di IPT bermula Januari 2021.
  2. Bagi pelajar sedia ada, keputusan akademik yang terkini sekurang-kurangnya mendapat PNGK (CGPA) 3.00 dan ke atas serta mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang 1 (satu) tahun.
  3. Pelajar juga perlu lulus dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu semasa di peringkat SPM. Manakala, bagi pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, pelajar perlu memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional yang berkaitan.

Cara Membuat Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari 2023

  • Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal Rasmi MARA bermula 12 Oktober 2023 hingga 6 November 2023.
  • Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan syarat-syarat kelayakan akademik yang telah ditetapkan.
  • Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.
  • Permohonan dibuka secara atas talian (online) di laman sesawang rasmi MARA melalui pautan di bawah.

>>>Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari 2023<<<

  • Calon hendaklah memastikan maklumat lengkap telah diisi. Calon tidak perlu mencetak dan menghantar apa-apa dokumen kepada MARA sehinggalah dimaklumkan kelak.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut atau bantuan berkaitan Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari 2023 ini, sila layari saluran-saluran berikut:

Semoga anda yang memohon, berjaya dan terpilih untuk mendapatkan tawaran dalam Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari 2023 ini!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More