Bahan Pendidikan Untuk Semua

Permohonan Rayuan Geran Khas Prihatin

Masih tertanya-tanya apa itu Geran Khas Prihatin atau GKP?

Pada tarikh 3 Jun 2020, GKP telah membuka secara dalam talian (online) untuk semak status permohonan Geran Khas Prihatin. Buat pemohon yang ada membuat permohonan Geran Khas Prihatin pada 1 Mei 2020

APA ITU GERAN KHAS PRIHATIN?

Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Panduan Rayuan Semula Permohonan GKP

Bagi Pemohon berstatus tidak lulus, permohonan rayuan boleh dibuat semula secara dalam talian di Portal GKP bermula 3 Jun hingga 15 Jun 2020. 

Tiada permohonan Rayuan GKP secara manual di cawangan-cawangan LHDNM.

Maknanya  semuanya dibuat SECARA ONLINE SAJA.

Apakah Dokumen yang Perlu Disediakan?

Anda perlu memuat naik dokumen sokongan mengikut jenis setiap kategori KOD alasan TIDAK LULUS.

Mesti anda tertanya-tanya Kenapa Permohonan Geran Khas Prihatin(GKP) saya tidak berjaya atau lulus?

Terdapat 6 alasan mengapa permohonan GKP tidak lulus seperti berikut:

  1. Pekerja melebihi 4 orang 
  2. Tiada pendapatan – perniagaan dianggap tidak aktif
  3. Jualan melebihi RM300,000 
  4. VIP / Individu Berprofil Tinggi 
  5. Pasangan telah lulus 
  6. Tidak berdaftar dengan SSM / LHDNM / PBT 

Setiap Alasan berkenaan memerlukan anda menghantar dokumen sokongan seperti jadual yang berikut (Sila rujuk pada soalan lazim Nombor 3-Jadual)

Mohon agar anda mengambil perhatian terhadap syarat dokumen yang ditetapkan oleh LHDNM semasa dalam proses memuat naik dokumen berkenaan. 

Setiap permohonan rayuan hanya dibenarkan memuat naik 3 lampiran dokumen sokongan yang bersaiz maksimum 2MB bagi setiap dokumen. Format dokumen yang dibenarkan adalah JPEG, JPG, PDF dan PNG sahaja.

Situasi yang TIDAK Layak Membuat Rayuan GKP

Malangnya tidak semua pemohon dapat membuat rayuan permohonan GKP. Jika situasi anda adalah seperti yang berikut, anda tidak dibenarkan untuk membuat rayuan semula.

  1. Melaporkan jumlah jualan melebihi RM300,000 pada borang permohonan GKP; 
  2. Pasangan telah membuat permohonan berasingan dan lulus GKP bagi perniagaan yang sama 
  3. Perniagaan didaftarkan pada tahun 2020 
  4. Perniagaan tidak berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.  

Ada yang bertanya, jika perniagaan A saya tidak lulus, adakah saya boleh menukar permohonan rayuan untuk perniagaan B? Malangnya, Pertukaran perniagaan bagi tujuan Rayuan GKP adalah tidak dibenarkan.

Permohonan GKP TIADA REKOD?

Bagaimana pula dengan status semakan permohonan GKP TIADA REKOD? Adakah boleh membuat rayuan permohonan GKP? LHDNM respon bahawa permohonan ini dikira sebagai permohonan baru dan tidak dibenarkan untuk rayuan semula.

Maklumat Lanjut GKP PKS

Jika anda mempunyai persoalan dan kemusykilan berkenaan dengan Geran Khas Prihatin PKS ini, anda boleh menghubungi pihak LHDN menggunakan saluran berikut.

SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI RAYUAN GERAN KHAS PRIHATIN

1. Bilakah tarikh tempoh permohonan Rayuan Geran Khas PRIHATIN (GKP) bermula?
Permohonan rayuan boleh dibuat bagi pemohon berstatus TIDAK LULUS bermula 3 Jun sehingga 15 Jun 2020.
2. Bagaimanakah prosedur untuk mengemukakan permohonan Rayuan GKP?
Permohonan Rayuan GKP perlu dibuat secara dalam talian sahaja menerusi Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my). Tiada permohonan Rayuan GKP secara manual di cawangancawangan LHDNM.
3. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan bagi membuat permohanan Rayuan GKP?
Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik di Portal GKP oleh pemohon bagi setiap kategori rayuan adalah seperti berikut:

4. Mengapakah saya gagal untuk membuat Rayuan GKP bagi permohonan berstatus TIDAK LULUS?
Permohonan Rayuan GKP tidak boleh dibuat bagi situasi seperti berikut;
i. Melaporkan jumlah jualan melebihi RM300,000 pada borang permohonan GKP;
ii. Pasangan telah membuat permohonan berasingan dan lulus GKP bagi perniagaan yang sama;
iii. Perniagaan didaftarkan pada tahun 2020; atau
iv. Perniagaan tidak berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.
5. Saya berstatus TIDAK LULUS atas Perniagaan A, adakah saya boleh membuat permohonan Rayuan GKP atas Perniagaan B?
Pertukaran perniagaan bagi tujuan Rayuan GKP adalah tidak dibenarkan.
6. Semakan status permohonan GKP saya TIADA REKOD, adakah permohonan Rayuan GKP boleh dibuat?
Tempoh permohonan GKP telah ditutup pada 15 Mei 2020 (Jumaat). Tiada permohonan baharu GKP dalam tempoh Rayuan GKP.
7. Bilakah semakan status permohonan Rayuan GKP boleh dibuat?
Semakan status permohonan Rayuan GKP boleh dibuat mulai 22 Jun 2020 (Isnin) secara dalam talian melalui portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my/).
8. Bilakah tarikh pembayaran Rayuan GKP akan dibuat?
Pembayaran permohonan Rayuan GKP akan dibuat mulai 29 Jun 2020 (Isnin).
9. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan pengesahan berkaitan permohonan rayuan GKP?
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan rayuan GKP boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Disediakan pada 1 Jun 2020.

sumber : GKPHASIL

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More