Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2021 Kini Dibuka

Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2021 kini dibuka. Pada ketika ini, rintihan masyarakat yang utama adalah kesukaran untuk memiliki rumah kerana peningkatan harga yang ketara.

Salah satu penyelesaian yang wajar adalah dengan mewujudkan perumahan mampu milik dalam setiap kawasan pembangunan perumahan.

Dasar Perumahan Negeri Sembilan menggariskan empat (4) perkara utama dalam Perumahan Mampu Milik iaitu :

  • kuota bumiputera
  • komponen pembangunan dan harga perumahan,
  • komposisi pembangunan perumahan,
  • keluasan dan saiz perumahan serta pemilikan dan

rumah mampu milik negeri sembilan 2021

Lantaran itu, terdapat 2 jenis Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2021 yang dibuka untuk permohonan.

Permohonan dibuka kepada semua khususnya yang menetap di Negeri Sembilan dan memenuhi syarat-syarat seperti bawah.

Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2021 : Syarat & Borang

Berikut adalah Borang Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2021 (Type A )

Pemohon yang berminat bolehlah mengisi borang di pautan Google Form berikut:

1) Taman Juasseh Sentosa Fasa 2, Daerah Kuala Pilah.

https://docs.google.com/…/1FAIpQLSexc3y…/viewform

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  • Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3,500.00 sebulan.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam Daerah Kuala Pilah serta telah berkahwin.
  • Keutamaan kepada pemohon yang belum memiliki rumah atau tanah.
  • Permohonan yang tidak lengkap, tidak disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berkaitan seperti di Bahagian H serta tidak mematuhi ketetapan akan ditolak.

2) Taman Bakti YNS, Mukim Labu Daerah Seremban

https://forms.gle/H8WhgAxm4yCavWfs8

  • Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3,500.00 sebulan.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam Daerah Seremban serta telah berkahwin.
  • Keutamaan kepada pemohon yang belum memiliki rumah atau tanah.
  • Permohonan yang tidak lengkap, tidak disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berkaitan seperti di Bahagian H serta tidak mematuhi ketetapan akan ditolak.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah 22 Februari 2021.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan di pautan INI :

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More