Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) SPNB ONLINE

Permohonan Rumah Mesra Rakyat ini diwujudkan bagi membantu mereka yang mempunyai tanah sendiri tetapi tidak dapat membina rumah atas faktor kekangan kewangan. Program RMR ini dikhususkan kepada golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan sebagainya.

Selain itu juga, mereka yang telah mempunyai rumah atau tinggal di rumah yang daif atau usang juga layak memohon Rumah Mesra Rakyat(RMR) ini. Permohonan rumah mesra rakyat ini kini dibuka untuk diisi secara atas talian oleh mereka yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Program RMR ini adalah satu bantuan berkonsepkan pinjaman dengan pihak Syarikat Perumahan Nasional Negara (SPNB) untuk membina rumah di atas tanah sendiri serta mendapat bantuan subsidi dari pihak kerajaan bagi pembinaan rumah tersebut.

Syarat-Syarat Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) adalah Seperti Berikut:

 

Syarat Permohonan Rumah
Mesra Rakyat (RMR)

·         Warganegara Malaysia

·         Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas

·         Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000

·         Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau

       memiliki rumah usang / tidak sempurna

·         Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya

      Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapatkan

       kebenaran pemilik tanah tesebut

·         Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps 

       (tertakluk kepada rekabentuk)

·         Tertakluk kepada peruntukan kewangan

 

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  • Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan

Kaedah pelaksanaan dan kriteria Rumah Mesra Rakyat (RMR)

permohonan RUMAH MESRA RAKYAT

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan RMR 

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkenaan)
  • Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang baru
  • Slip gaji terkini (3 bulan)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua
  • Surat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui: WWW.SPNB.COM.MY 

Cara-cara membuat permohonan RMR atas talian

Kepada anda yang tidak tahu cara untuk membuat permohonan atas talian, anda boleh mengikuti 9 step mudah membuat permohonan rumah mesra rakyat denga menekan link dibawah

>>>  https://www.tcer.my/rumah-mesra-rakyat-2/

Penutup

Diharapakan perkongsian kali ini berkaitan dengan Permohonan Rumah Mesra Rakyat dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda semua.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More