Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Membuat Permohonan Salinan Keputusan Sijil SPM

Permohonan Salinan Keputusan Sijil SPM bagi anda yang telah mengalami kehilangan atau tercicir sijil pencapaian boleh meminta salinan keputusan dan terjemahan keputusan anda daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Sijil pencapaian seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) amat penting untuk mengisi borang pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Jika sijil-sijil tersebut hilang, anda akan menghadapi kesukaran untuk membuktikan dan mempamerkan pencapaian anda.

Isi Kandungan

Permohonan Salinan Keputusan Sijil SPM

Cara untuk mendapatkan salinan keputusan dan terjemahan serta membuat Permohonan Salinan Keputusan Sijil SPM adalah seperti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web Lembaga e-Peperiksaan.
  2. Klik pada bahagian Perkhidmatan.
  3. Pilih Salinan Keputusan.
  4. Kemudian anda boleh memilih [SPM, STAM (Rumi), SPMU, SVM, MPV, MPAV, MCE, PMR, SRP atau LCE] jenis sijil pencapaian salinan yang anda inginkan.
  5. Kemudian isikan nombor kad pengenalan anda.
  6. Klik untuk memaparkan borang permohonan.
  7. Isikan semua maklumat yang diperlukan.
  8. Klik Mohon.

Selepas menghantar permohonan anda, anda boleh menyemak status permohonan anda di halaman utama. Bayaran akan dikenakan setiap kali salinan keputusan dan terjemahan diminta.

Permohonan Salinan Keputusan Sijil SPM

Tempoh Pengeluaran Salinan Keputusan Dan Terjemahan

Untuk mengeluarkan salinan penyataan dan terjemahan setiap sijil, berikut adalah tempohnya:

  • SPM dari 1994 atau selepas – Satu (1) jam.
  • SPM dari 1993 atau sebelum – tujuh (7) hari bekerja.
  • PMR dari 1998 atau selepas – Satu (1) jam.
  • PMR dari 1997 atau sebelum – tujuh (7) hari bekerja.
  • Peperiksaan lain (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, dll.) – Tujuh (7) hari bekerja.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang masalah dan pertanyaan semasa proses Permohonan Salinan Keputusan Sijil SPM, anda boleh terus ke Bahagian Soalan & Aduan Lembaga e-Peperiksaan dan semoga maklumat ini dapat memberi kemudahan dan manfaat kepada anda.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More