Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Slot Daftar Vaksin AstraZeneca

slot

Isi Kandungan

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan bahawa orang ramai masih boleh memohon slot pendaftaran menerima vaksin AstraZeneca pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan netizen di ruang komen Twitter yang bertanya mengenai masalah-masalah teknikal yang terdapat di laman web vaksincovid.gov.my

Menurutnya, pendaftaran di laman web vaksincovid.gov.my berkemungkinan menghadapi masalah penggunaan trafik yang ramai untuk beberapa minit.

“Slot untuk vaksin AstraZeneca masih lagi ada. Masalah penggunaan trafik web yang berlebihan untuk beberapa minit yang pertama. Tetapi slot masih lagi ada,” katanya melalui ciapan di Twitternya pada Ahad.

Tekan Disini Untuk Pendaftaran Segera

There are AZ slots still available. Overwhelming traffic first few minutes. But slots still available. Kenyataan Daripada Khairy Jamaluddin (@Khairykj) May 2, 2021

Pada Rabu lalu, Khairy berkata, vaksin AstraZeneca akan diberikan secara sukarela menerusi PPV khas, dalam masa terdekat.

Pemohon sukarela yang mahu menerima vaksin AstraZeneca boleh mendaftar di laman web vaksincovid.gov.my yang dijadualkan bermula pada Ahad jam 12 tengah hari.

Khairy berkata, pemohon yang berdaftar boleh memilih tarikh dan pusat pemberian vaksin (PPV) bagi mendapatkan vaksin tersebut.

100k appointments logged so far. 160k still available. Kenyataan Daripada Khairy Jamaluddin (@Khairykj) May 2, 2021

Apa itu Vaksin Astrazeneca?

Vaksin COVID-19 AstraZeneca menunjukkan keberkesanan yang tinggi dalam ujian
klinikal di United Kingdom, Brazil, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat. Vaksin ini amat
berkesan untuk mencegah gejala teruk, kemasukan ke hospital dan kematian yang
disebabkan oleh COVID-19.

  • Vaksin COVID-19 AstraZeneca diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara
    terhadap jangkitan COVID-19 bagi orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Kesan sampingan biasa termasuk sakit atau sengal di tempat suntikan, keletihan, sakit
    kepala, sakit otot, demam dan berasa sejuk (biasanya 1 hingga 2 hari).
  • Terdapat kemungkinan berlakunya kesan sampingan dikenali sebagai sindrom
    thrombosis dengan trombositopenia (TTS). Namun ianya sangat jarang berlaku dan
    dianggarkan bahawa sebanyak 9.3 kes bagi setiap satu juta dos telah dilaporkan.
  • Tidak ada faktor risiko spesifik untuk TTS. Data yang sedia ada menunjukkan lebih banyak kes dilaporkan di kalangan orang dewasa di bawah 60 tahun dan wanita.

Sumber Sinar Harian

Artikel Lain : Khas Ramadhan | Hukum Cucuk Vaksin Covid-19 Pada Bulan Ramadhan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More