Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Sijil Tinggi Agama Malaysia Tingkatan 6 2021 KISAS

Isi Kandungan

Permohonan STAM 2021 KISAS (Sijil Tinggi Agama Malaysia Tingkatan 6)

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau lebih dikenali sebagai STAM adalah satu peperiksaan yang diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif. Peperiksaan lisan dijadualkan pada bulan Julai 2000 dan peperiksaan bertulis pada akhir bulan November sehingga awal bulan Disember 2000.

STAM adalah bertujuan untuk memastikan pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat melalui satu sistem pendidikan yang piawai dan diiktiraf di dalam dan di luar negara. Maka dengan ini, permohonan Tingkatan 6 Ambilan Tahun 2021 bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) telah dibuka.

Dibuka pada 15 Mac 2021 sehingga 29 Mac 2021 dan bagi anda yang berminat, sila rujuk info berikut untuk panduan permohonan.

permohonan

Syarat Kemasukan STAM 2021 KISAS

Antara syarat – syarat yang dikenakan bagi kemasukan tingkatan 6 Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara malaysia.
  • Lulus perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (spm)
  • Memperolehi kepujian dalam bahasa melayu sekurang-kurangnya 6C.
  • Memperolehi kepujian dalam Bahasa Arab tinggi sekurang-kurangnya 6C.
  • Lulus kedua-dua matapelajaran berikut dan satu daripadanya sekurang-kurangnya 6C.
    • I) Pendidikan Syariah Islamiah
    • II) Pendidikan Al-quran & As-sunnah
  • Memperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga matapelajaran terbaik.
  • Umur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.
  • Keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan
  • Lulus ujian khas kelayakan (temuduga)

Surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam STAM di KISAS akan dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui e-mel.

Cara Permohonan

Dibawah telah dilengkapkan isi borang bagi memohon STAM:

permohonan

permohonan

permohonan

Anda boleh dapatkan borang ini pada pautan dibawah;

https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/borang-permohonan-ke-tingkatan-6-sijil-tinggi-agama-malaysia-stam-kolej-islam-sultan-alam-shah-kisas-ambilan-tahun-2020

Borang permohonan STAM 2021 yang telah lengkap diisi hendaklah sampai sebelum atau pada 26 Oktober 2019ke alamat berikut :

PENGARAH,
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM,
ARAS BAWAH DAN 2,
LOT 2251, JALAN USAHAWAN 1,
63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

Maklumat Lanjut

Untuk makluman lanjut berkaitan , sila hubungi:

  • Bahagian Pendidikan Islam di talian 03-83217200 atau 03-83217300;
  • Bahagian Pengurusan Asrama Penuh di talian 03-83217400;

atau

  • Kolej Islam Sultan Alam Shah di talian 03-33711658 atau e-melkan kepada [email protected]

Artikel lain: Permohonan BUDI, Semakan Insentif PTPTN Sarawak

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More