Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Tauliah Mengajar Negeri Kedah Tahun 2023

Tauliah mengajar negeri Kedah bagi tahun 2023 telah pun dibuka. Sijil tauliah ini sangat diperlukan bagi individu yang ingin berceramah di negeri tersebut. Kegagalan mendapatkan sijil tauliah ketia berceramah boleh menyebabkan penceramah didapati bersalah dan dihukum jika disabitkan kesalahan.

Isi Kandungan

Permohonan Tauliah Mengajar Negeri Kedah Telah Dibuka

Sebagaimana yang telah diiklan menerusi laman website rasmi Mufti Kedah, permohonan tauliah mengajar agama Islam bagi negeri  tersebut untuk tahun 2023 telah pun dibuka.

Flow Permohonan Tauliah Mengajar

  1. Daftar sebagai pemohon tauliah – Januari hingga Februari
  2. Taklimat menjawab soalan – Mac hingga April
  3. Peperiksaan bertulis – April
  4. Ujian lisan (syafawi) – Jun hingga Julai
  5. Majlis pentauliahan – November

tauliah mengajar negeri kedah

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan dibuka sejak 15 Januari 2023 lalu dan akan ditutup pada 15 Februari 2023.

tauliah mengajar negeri kedah

Cara Permohonan

Setiap pemohon yang berminat untuk mendapatkan tauliah mengajar dari negeri Kedah ini, mereka perlu memuat turun borang dari laman website rasmi Mufti Kedah, iaitu di pautan ini:

Bahagian pengurusan tauliah Mufti Kedah turut menyediakan borang berasingan bagi pemohon warganegara Malaysia atau bukan warganegara. Borang boleh didapati menerusi pautan yang kami kongsikan ini:

Jenis Tauliah Bagi Negeri Kedah

Menurut iklan yang dipaparkan, terdapat beberapa kategori tauliah yang dikeluarkan oleh negeri Kedah. Kategorinya adalah seperti berikut:

Fardhu Ain Arab:

  • Ilmu Tauhid
  • Ilmu Feqah
  • Ilmu Tasawwuf

Fardhu Ain Jawi:

  • Ilmu Tauhid
  • Ilmu Feqah
  • Ilmu Tasawwuf

Quran dan Tajwid:

  • Tajiwd Al-Quran resam Uthmani
  • Qari dan Qariah
  • Muzakarah Tajwid
  • Lain-lain

Permohonan Tauliah Mengajar Negeri Kedah Tahun 2023 1

Yuran Peperiksaan

Bagi semua permohonan, borang perlu diserahkan ke jabatan mufti Kedah bersama yuran peperiksaan mengikut permohonan masing-masing. Jumlah yuran peperiksaan yang perlu dibayar bagi tauliah mengajar negeri Kedah pada tahun 2023 adalah seperti berikut:

Warganegara Malaysia:

  • Fardhu Ain Arab: RM60
  • Fardhu Ain Jawi : RM60
  • Al-Quran dan Tajwid : RM30

Bukan Warganegara Malaysia:

  • Fardhu Ain Arab : RM100
  • Fardhu Ain Jawi : RM100
  • Al-Quran dan Tajiwd : RM50

Penutup

Selain negeri Kedah, bagi individu yang berminat boleh juga memohon tauliah negeri lain seperti negeri Selangor. Info lengkap mengenai tauliah negeri Selangor boleh rujuk artikel Tauliah Mengajar Di Selangor 2023 yang kami sediakan untuk semua.

Individu yang berumur tidak kurang dari 17 tahun adalah layak untuk memohon. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian:

  • No. Telefon Pejabat : 04-702 6333 / 04-702 6326 / 04-702 6340.

Justeru, ayuh kita semua war-warkan mengenai perkara (tauliah mengajar negeri Kedah dan Selangor) ini agar lebih ramai yang mendapat manfaatnya. Mudah-mudahan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More