Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Seni : Cara Daftar dan Sekolah Ditawar

Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Seni bagi sesi 2022 telah dibuka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara perkara penting di dalam artikel ini ialah:

  1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang eESSEM
  2. 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021

Untuk pengetahuan anda, Sekolah Seni Malaysia ialah sebuah insitusi pendidikan formal. Insitusi ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk menggilap, mengasahkan bakat dan potensi pelajar untuk menceburi bidang kesenian.Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Seni : Cara Daftar dan Sekolah Ditawar

Isi Kandungan

Definisi Sekolah Seni Malaysia

Sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.

Visi

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan insan budayawan bertaraf dunia.

Misi

  • Memupuk bakat dan mengembangkan potensi kesenian di kalangan murid.
  • Menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti kesenian.
  • Mewujudkan kerjasama dengan pelbagai institusi dan penggiat seni.

Objektif

  • Melahirkan murid yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kesenian.
  • Melahirkan murid yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang kesenian.
  • Menjadi tapak semaian kecemerlangan pendidikan kesenian yang beridentiti di peringkat antarabangsa.
  • Melahirkan penggiat seni dan pengamal budaya yang bersahsiah tinggi.
  • Melahirkan individu yang berjiwa seni dan dapat memelihara budaya bangsa.

Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, sekolah ini keseluruhannya mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan kesenian dan akademik.
Terdapat 4 bidang pengajian di Sekolah Seni Malaysia bagi menengah rendah. Ini adalah berdasarkan di dalam laman sesawang KPM 

  1. (Tingkatan 1, 2 dan 3) iaitu Muzik, Seni Visual, Tari & Teater
  2. Bidang pengkhususan bagi murid di peringkat menengah atas (Tingkatan 4 & 5) iaitu, Muzik, Seni Halus, Reka Bentuk, Komunikasi Visual, Tari dan Teater.

Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Seni : Cara Daftar dan Sekolah Ditawar

Pengambilan Murid

Pengambilan murid adalah terbuka kepada semua murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dari seluruh negara. Pengambilan murid hanyalah ke Tingkatan 1 sahaja. TIADA pengambilan ke Tingkatan Dua, Tiga, Empat atau Lima.

Cara Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Seni

Permohonan murid ke SSeM hanya dilakukan melalui secara atas talian melalui Sistem e-SSeM. Sistem ini diaktifkan mulai bulan April hingga September setiap tahun. Pemohon boleh mendaftar masuk dengan menggunakan Angka Giliran UPSR dan mengisi segala maklumat secara atas talian di https://essem.moe.gov.my
Murid-murid yang telah memohon secara atas talian akan dipanggil menghadiri Sesi Serlahan Seni (SSS) yang merupakan sesi uji bakat untuk menilai bakat-bakat murid.

Syarat Kemasukan

• Warganegara Malaysia
• Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian yang dimohon (Muzik, Tari, Teater atau Seni Visual)
• Tiada kecacatan
• Lulus Sesi Serlahan Seni
• Mendapat keputusan minima 3B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

Senarai Sekolah Ditawar

johor Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJ),
Jalan Persiaran Sinaran Ilmu,
Bandar Seri Alam,
81750, Masai,
Johor Darul Takzim.
Tel. : 07-3870215
Faks : 07-3860215
Emel : [email protected]
sarawak Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS),
Lot 7794, Blok 9, Salak Land District,
Jalan Sultan Tengah,
93050 Santubong,
Kuching, Sarawak
Tel : 082-510356 / 536185
Faks : 082-513917
Emel : [email protected]
kl Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL),
Jalan Seladang Off Jalan Pasar,
55100, Kuala Lumpur,
Emel : [email protected]
perak Sekolah Seni Malaysia Perak (SSemP),
Kampung Baharu, Simpang Jalong,
31100, Sg. Siput (U),
Perak.
Tel : 05-5951350
Faks : 05-5951351
Emel : [email protected]
sabah Program Pendidikan Seni,
SMK Elopura,
Peti Surat 1091,
90712, Sandakan,
Sabah.
Tel : 089-532036
Faks : 089-533960
Emel : [email protected]
Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Seni : Cara Daftar dan Sekolah Ditawar

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau diskusi anda boleh hubungi

  • Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, di talian 03-88721620 atau di laman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia KPM

Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Pendidikan Seni Tahun 6

Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Pendidikan Seni Tahun 6 adalah antara basan-bahan terbaik yang kamo ada. Bahan yang terdapat di sini memenuhi keperluan pentaksiran berasaskan sekolah yang dilaksanakan secara menyeluruh mengikut prinsip bahawa semua mata pelajaran yang terkandung dalam KSSM. Untuk pengetahuan lebih lanjut layari di sini Seni Tahun 6 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More