Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan UPU Online 2024: Kemasukan Sesi Akademik 2024/2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut tentang info dan cara Permohonan UPU Online 2024 yang mula dibuka pada hari ini, 29 Februari 2024.

Isi Kandungan

Permohonan UPU Online 2024

Permohonan UPU Online bagi tahun 2024 mempunyai 2 Fasa, iaitu

Fasa 129 Februari 2024 (12.00 Tengah Hari) – 29 Mac 2024 (5.00 Petang)
Fasa 229 April 2024 (12.00 Tengah Hari) – 9 Jun 2024 (5.00 Petang)
Permohonan UPU Online 2024

Permohonan UPU Online 2024 boleh dibuat pada pautan berikut:

>>>Permohonan UPU Online 2024<<<

Untuk pelajar yang ingin memohon kursus (course) yang perlu menjalani temuduga, pastikan anda memohon pada Fasa 1.

Bagi permohonan kali ini, difahamkan semua institusi dibawah MARA juga boleh dipohon melalui UPU. Maka pilihan untuk pelajar pada tahun ini adalah lebih terhad. Institusi MARA adalah seperti

  • IKM (Institut Kemahiran MARA).
  • KM (Kolej MARA).
  • KKTM (Kolej Kemahiran Tinggi MARA).
  • KPM (Kolej Profesional MARA).
Permohonan UPU Online 2024: Kemasukan Sesi Akademik 2024/2025 1
Permohonan UPU Online 2024

Cara Pembelian No. Pin UPU

Pembelian No. Pin untuk permohonan UPU Online boleh dibuat dengan BSN UPUOnline dan ia boleh mula dilakukan pada 28 Februari 2024 hingga 8 Jun 2024.

Untuk makluman, harga No. Pin UPU adalah RM10.60 dan BSN akan membekalkan No. Pin berserta salinan resit pembayaran.

Cara pembelian No. Pin UPU adalah seperti berikut:

  1. Pembelian Secara Online (melalui No. Akaun BSN).
  2. Pembelian di Kaunter BSN.
  3. Pembelian di ATM BSN.
Permohonan UPU Online 2024: Kemasukan Sesi Akademik 2024/2025 2
Permohonan UPU Online 2024

Penentuan Aliran Lepasan SPM

Penentuan aliran-aliran lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah seperti berikut:

Pakej STEM ACalon mengambil semua Mata Pelajaran berikut:
1. Biologi
2. Fizik
3. Kimia
4. Matematik Tambahan
Pakej STEM BCalon mengambil dua (2) mata pelajaran berikut:
Biologi / Fizik / Kimia dan Matematik Tambahan dan sekurang-kurangnya satu (1) mata pelajaran berikut:
1. Sains Tambahan
2. Grafik Komunikasi Teknikal
3. Asas Kelestarian
4. Pertanian
5. Sains Rumah Tangga
6. Reka Cipta
7. Sains Komputer
8. Sains Sukan
9. Pengajian Kejuruteraan Awam
10. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
11. Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
12. Lukisan Kejuruteraan
atau sekurang-kurangnya satu (1) mata pelajaran bukan elektrif STEM.
Pakej STEM CCalon mengambil dua (2) mata pelajaran berikut:
1. Sains Tambahan
2. Grafik Komunikasi Teknikal
3. Asas Kelestarian
4. Pertanian
5. Sains Rumah Tangga
6. Reka Cipta
7. Sains Komputer
8. Sains Sukan
9. Pengajian Kejuruteraan Awam
10. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
11. Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
12. Lukisan Kejuruteraan
atau sekurang-kurangnya satu (1) mata pelajaran berikut:
1. Produksi Reka Tanda
2. Hiasan Dalaman
3. Kerja Paip Domestik
4. Pembuatan Perabot
5. Reka Bentuk Grafik
6. Produksi Multimedia
7. Katering dan Penyajian
8. Pemprosesan Makanan
10. Rekaan dan Jahitan Pakaian
11. Penjagaan Muka dan Penggayaan Rambut
12. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
13. Gerontologi Asas dan Geriatik
14. Pendawaian Domestik
15. Menservis Peralatan Elektrik Domestik
16. Menservis Automobil
17. Kimpalan Arka dan Gas
18. Menservis Motosikal
19. Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara
20. Landskap dan Nurseri
21. Tanaman Makanan
22. Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
Pakej Sastera & KemanusiaanCalon yang tidak memenuhi pakej STEM A, B atau C secara automatik dimasukkan ke pakej sastera & kemanusiaan.

Berikut adalah infografik tentang dasar dan kriteria pemilihan calon Lepasan SPM dan Lepasan STPM / Setaraf.

Permohonan UPU Online 2024: Kemasukan Sesi Akademik 2024/2025 3
Permohonan UPU Online 2024

Kategori Permohonan

Terdapat dua (2) kategori permohonan UPU Online, iaitu

Kategori 1: Permohonan Lepasan SPMKategori 2: Permohonan Lepasan STPM / Setaraf
Kategori Lepasan SPM adalah
– SPM 2023
– SPM 2022 & SPM 2021
Kategori Lepasan STPM / Setaraf adalah
– STPM 2023
– Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / ASASIpintar UKM / Asasi UiTM Sesi Akademik 2023 / 2024
– STAM 2023 & 2022
Kategori Diploma / Setaraf adalah
– Diploma UA / Politeknik
– DKM / DLKM / DVM/ Diploma IPTS / Diploma Luar Negara / Lain-lain Diploma
– Kelayakan Setaraf Seperti A-Level / IB / AUSMAT / SAM/ CPU / Sekolah Sukan
– STPM, Matrikulasi KPM / Asasi , STAM (Bukan Tahun Semasa)

Berikut adalah infografik tentang kategori pemohon untuk calon Lepasan SPM dan Lepasan STPM / Setaraf yang lebih terperinci.

Permohonan UPU Online 2024: Kemasukan Sesi Akademik 2024/2025 4
Permohonan UPU Online 2024

Panduan Memilih Program

Kepada semua calon-calon yang akan membuat permohonan UPU Online bagi kemasukan sesi 2024/2025 ini sila ikut panduan dibawah sebelum memilih program atau kursus (course) yang anda inginkan.

  • Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi / agensi.
  • Program yang minat.
  • Pilihan program mengikut keutamaan.
  • Rujuk kaunselor.
  • Pelbagai pilihan bidang dan institusi / agensi.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Permohonan UPU Online 2024 ini, boleh menghubungi talian 03 – 8684 2363 atau e-mel kepada [email protected].

Anda juga boleh ikuti laman sosial rasmi UPU di saluran-saluran berikut:

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Semoga perkongsian info ini bermanfaat!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More