Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Young Talent Development Program MARA

Kini para pelajar SPM 2020 boleh membuat permohonan penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah iaitu Young Talent Development Programme (YTP) 2021.

Pinjaman Boleh Ubah bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima pemohon boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian dan ini tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.

permohonan

Oleh itu, YTP ditawarkan kepada pelajar cemerlang SPM 2020 untuk mereka melanjutkan pangajian mereka bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar negara.

Permohonan YTP telah dibuka secara atas talian mulai 19 April 2021 (Isnin) sehingga 06 Mei 2021 (Khamis).

Isi Kandungan

Syarat Umum

Pemohon yang ingin memohon pembiayaan YTP ini perlu memenuhi syarat-syarat umum iaitu:

  1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
  2. Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
  3. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
  4. Pemohon mestilah lulus pemeriksaan kesihatan.

Syarat Khusus

Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus seperti berikut:

  1. Pemohon telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2020.
  2. Pemohon memenuhi syarat kelayakan program seperti yang diiklankan.

Syarat Kelayakan Akademik

Syarat kelayakan akademik yang ditetapkan secara umumnya adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 3 A- bagi mana-mana mata pelajaran dan kredit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan percubaan SPM 2020; atau
  2. 3 A- bagi mana-mana mata pelajaran dan kredit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4 tahun 2019 (bagi pemohon yang tiada keputusan percubaan SPM).

Untuk syarat kelayakan secara khusus, sila rujuk pautan ini https://www.mara.gov.my/wp-content/uploads/2021/04/SYARAT-KELAYAKAN-PROGRAM-YTP-2021-pdf.-version.fnl_.pdf.

Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan program YTP, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://myeduloan.mara.gov.my/v2/.
  2. Klik butang ‘Pengguna Baharu.’
  3. Masukkan maklumat dan klik butang ‘Teruskan.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Selepas berjaya log masuk, sila buat permohonan dan mengisi maklumat berikut dengan lengkap:
    1. Maklumat peribadi dan keluarga
    2. Cadangan Pengajian
    3. Ujian Psikometrik
    4. Perakuan keterangan

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai YTP, pertanyaan boleh disalurkan melalui emel [email protected]

Artikel lain: KPDNHEP pertimbang cadangan awalkan kawalan harga

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More