Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Persediaan Sebelum Masuk Darjah 1 Oleh Fhais Salim

Persediaan sebelum masuk darjah 1 pastinya menjadi keutamaan ibu bapa. Terutama bagi anak pertama yang akan mula melangkah kaki buat pertama kalinya ke sekolah kebangsaan. Justeru, siapa tidak kenal dengan Fhais Salim? Figura yang sering berkongsi tips kekeluargaan, tips keibu-bapaan serta tips untuk anak cemerlang dunia akhirat dan banyak lagi.

persediaan sebelum masuk darjah 1

Pendek kata, insan ini sangat popular dalam kalangan ibu ayah di Facebook dan juga aplikasi tiktok. Menerusi perkongsian beliau berkenaan persediaan sebelum masuk darjah 1 yang patut ibu bapa alert bagi anak nak masuk darjah 1 mendapat hampir 10 ribu yang menekan butang kongsi.

Mari kita tengok apa yang saudara Fhais Salim senaraikan. Adakah anak-anak kita sudah ‘lulus’ persediaan sebelum masuk darjah 1 ini?

persediaan sebelum masuk darjah 1

Isi Kandungan

Persediaan Sebelum Masuk Darjah 1

Menurutnya melalui perkongsian di laman facebook rasmi Fhais Salim, Readylist ni penting supaya anak boleh survive dan tak bergelut di dalam kelas nanti. Ibu ayah boleh semak seawal usia 4 tahun lagi (persediaan sebelum masuk darjah 1), jangan lambat.

  • Anak kenal tak sekurangnya 6 warna

Umur 4 hingga 5 tahun anak sepatutnya dah boleh kenal dan ingat warna primer seperti merah, biru, kuning, hijau, oren dan ungu. Penting sebab dari kenal warna ini boleh bantu kita kesan anak ada masalah buta warna atau tidak. Jangan terkejut ramai sebenarnya yang buta warna.

persediaan sebelum masuk darjah 1

  • Anak mampu mewarna gambar bersaiz kecil

Daripada aktiviti mewarna ni kita boleh tengok anak tu ada masalah fokus atau tidak. Jika warna terkeluar border sikit sikit tu ok lagi tetapi jika yang terkeluar tu lebih setengah inci jaraknya kena cepat cepat guide anak tu.

Persediaan Sebelum Masuk Darjah 1 Oleh Fhais Salim 1

  • Anak boleh memadan gambar / bentuk sama.

Cuba dapatkan buku aktiviti seperti memadankan gambar atau bentuk sama ni. Lihat anak mampu buat atau tidak. Jika dia tak mampu padankan, ada risiko besar kemahiran VP ( Visual Perception ) anak lemah. Kemahiran VP ni besar impaknya di dalam proses belajar nanti. Dengan VP ni la penentu anak cepat atau lambat faham apa cikgu ajar di kelas.

Persediaan Sebelum Masuk Darjah 1 Oleh Fhais Salim 2

  • Anak boleh tak tulis nama sendiri

Apa tanda anak dah mampu menulis ialah bila dia boleh tulis nama sendiri. Mudah je tapi ramai lagi murid darjah 1 yang tak boleh buat.
Selain itu untuk survive di dalam kelas anak perlu tahu nama sendiri, kerana apa-apa nanti cikgu akan panggil nama sahaja. Jadi kena alert dengan nama sendiri.

Persediaan Sebelum Masuk Darjah 1 Oleh Fhais Salim 3

  • Anak dah kenal sekurangnya 4 bentuk

Sebenarnya seawal 4 tahun lagi anak dah patut kenal 4 bentuk at least. Segiempat, segitiga, bulatan & bintang contohnya. Dari kenal bentuk ni kemahiran visual memory anak akan diasah. Lepas dah kenal baru anak boleh untuk melukis bentuk tersebut.
Visual memory penting juga di darjah 1 kerana banyak gambar, objek & bentuk yang akan di gunakan dalam p&p nanti.
Persediaan Sebelum Masuk Darjah 1 Oleh Fhais Salim 4

  • Anak boleh kira sekurangnya 1-20

Ini asas dalam matematik. 1-20 adalah keperluan minima murid darjah 1 kena kuasai. Dapat lebih bagus tapi jika kurang maknanya anak tak capai standard paling minima. Baru kenal nombor ni, belum masuk operasi tambah tolak lagi. Lebih baik capai usia 6 tahun anak dah boleh kira 1-100.

  • Anak mampu duduk diam 6-12 minit minima

Apabila masuk ke sekolah anak-anak perlu mampu untuk fokus & duduk diam ketika proses p&p berlangsung. Jika ikut umur purata attention span normal murid darjah 1 ialah 10 – 14 minit, ini asas jika nak duduk diam dan fokus belajar.

Penutup

Ibu ayah, jangan kita selesa dengan perkembangan anak-anak kita kerana di luar terlalu banyak persaingan buat mereka. Namun, bukanlah ia bermakna kita memaksa atau melebih-lebih nak anak kita menjadi ‘pandai’. Cukuplah sekadar dia mampu mengikuti arus dan tidak ketinggalan agar dirinya sentiasa positif dengan perjalanan kehidupan.

Penting untuk ibu ayah tengok chect list persediaan sebelum masuk darjah 1 ini bagi menilai kemahiran dan kemampuan anak-anak kita. Jika kita rasa ada yang terkurang, bertindak cepat sebelum terlambat.

Pesan saudara Fhais Salim dalam tulisannya persediaan sebelum masuk darjah 1,

“Kesemua Readylist ni bukan self-learned skills. Kita kena bimbing & praktis dengan anak seawal usia 2-4 tahun lagi. Ikut kemampuan. Lagi awal lagi bagus.

Saya cadangkan tuan puan yang nak beri anak buat latihan yang praktikal, lengkap & straight forward untuk bentuk kemahiran belajar anak boleh cuba Kit Sukses saya ni. Ditulis oleh pakar berpengalaman dalam pendidikan awal kanak-kanak selama 13 tahun, dan sudah di gunakan di 3 buah sekolah juga. Proven berkesan!

Pelaburan terbaik adalah pada didikan anak di usia emas ( golden age ) 0-6 tahun ni la.. 91% kepandaian dia di bentuk pada ketika ini..”

Semoga anak-anak kita berjaya dan selamat dunia akhirat. Sesuungguhnya mereka hanya mengharapkan bimbingan dari ibu bapa dan jadilah ibu bapa yang memahami. selain persediaan sebelum masuk darjah 1 ini, Ibu ayah juga boleh baca silibus matematik darjah 1 yang ibu ayah perlu tahu! Klik di SINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More