Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PERTANDINGAN MEWARNA PERINGKAT KEBANGSAAN 2021

PERTANDINGAN MEWARNA PERINGKAT KEBANGSAAN 2021 ini adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak kita dirumah menunjukkan kreativiti masing-masing semasa mewarna lukisan disamping berpeluang memenagi hadiah menarik yang disediakan. Ini selari dengan peristiwa Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Isi Kandungan

Objektif

Pertandingan ini adalah inisiatif dari pihak TcerDotMy untuk memberi peluang kepada kanak-kanak menonjolkan bakat dan potensi diri, meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak dalam menghasilkan karya berdasarkan kreativiti sendiri dan memberi aktivti yang bermanfaat terutama ketika pandemik yang melanda sekarang.

Tema

Pertandingan kali ini bertemakan “Hero Malaysiaku” sebagai satu penghargaan kepada para Frontliner yang bersusah payah dalam membakar diri untuk memastikan semua warga Malaysia berada dalam keadaan selamat, aman dan sejahtera.

PERTANDINGAN MEWARNA PERINGKAT KEBANGSAAN 2021

Syarat-syarat Pertandingan Mewarna Hari Kemerdekaan Ke-64  Dan Hari Malaysia

  • Pertandingan adalah PERCUMA dan TERBUKA kepada kategori berikut iaitu Sekolah Rendah, Sekolah Menengah serta Para Guru Di Malaysia.
  • Penggunaan PENSEL WARNA sahaja yang dibenarkan.
  • Peserta dikehendaki mewarna pada kertas lukisan yang disediakan oleh pihak penganjur dan mengikut daya kreativiti masing-masing.
  • Hasil lukisan adalah menjadi hak milik penganjur.
  • Hanya lakaran (lukisan) yang diperoleh dari laman sesawang ini akan di nilai.
  • Keputusan pengadil adalah muktamad.
  • Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur pada Bulan Oktober 2021.
  • Lukisan yang lengkap hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya pada 27 September 2021. (Upload/ Muat naik di link yang disediakan)
  • Ahli keluarga tidak dibenarkan untuk membantu peserta.

PERTANDINGAN MEWARNA PERINGKAT KEBANGSAAN 2021

PERTANDINGAN MEWARNA PERINGKAT KEBANGSAAN 2021

Pertandingan ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia. Sila panjangkan kepada rakan-rakan anda untuk memberi peluang kepada anak-anak kita diluar sana.

Tarikh Tamat : 27 September 2021

Tema : Hero Malaysiaku

Peserta : Terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah serta para guru di Malaysia

Nota : Sila baca sampai habis sebelum menyertai pertandingan ini. Semoga berjaya kepada semua peserta.

Cara-Cara Penyertaan

  1. Sila download lukisan dalam ruangan artikel ini mengikut ketegori.
  2. Warnakan lukisan tersebut mengikut kekreatifan masing-masing bagi kategori Sekolah Rendah dan Menengah.
  3. Bagi katogeri para guru hendaklah melukis dan mewarna mengikut tema yang ditetapkan.
  4. Upload ke FB anda dan Tag “TcerDotMy” (**Dikira Bonus).
  5. Hantarkan gambar lukisan anak anda di pautan yang diberikan (rujuk artikel dibawah).

Hadiah Yang Akan Ditawarkan 

Berikut adalah senarai hadiah yang menarik, yang akan dimenangi mengikut kategori. Sebanyak RM2,250 berupa hadiah secara tunai akan diberikan kepada peserta yang bertuah ini.

 Hadiah yang akan dimenangi mengikut kategori 

 Pertandingan Mewarna Peringkat Sekolah Rendah

  • Pemenang Pertama : RM 200.00
  • Pemenang Kedua RM 150.00
  • Pemenang Ketiga : RM 100.00
  • Saguhati : RM 30 X 5 orang

Pertandingan Mewarna Peringkat Sekolah Menengah

  • Pemenang Pertama : RM 250.00
  • Pemenang Kedua RM 150.00
  • Pemenang Ketiga : RM 100.00
  • Saguhati : RM 30 X 5 orang

Pertandingan Melukis dan  MewarnaPeringkat Para Guru

  • Pemenang Pertama : RM 300.00
  • Pemenang Kedua RM 200.00
  • Pemenang Ketiga : RM 100.00
  • Saguhati : RM 50 X 3 orang

Pertandingan Mewarna Kategori Khas(Viral)

  • Pemenang Bertuah : RM250.00

Makluman : Setiap peserta akan mendapat sijil penyertaan digital dari kami dan kepada setiap pemenang akan mendapat sijil penghargaan digital dari pihak kami. 

Muat Turun Lakaran (Lukisan) Mengikut Kategori

Anda perlu download salah satu daripada lukisan dibawah untuk start mewarna. Selamat mewarna.

 Kategori Sekolah Rendah

 Kategori Sekolah Menengah

 

 Kategori Guru 

 Syarat-syarat dan Kriteria

  • Tema : Hero Malaysiaku
  • Saiz Kerta : A4
  • Lukisan dan warna : Mengikut kreativiti masing-masing
  • Terbuka kepada semua guru.

Kriteria Penilaian

  1. Lukisan diwarnakan sepenuhnya (siap dan lengkap).
  2. Warna logo atau bendera (sekiranya ada) hendaklah betul dan tepat.
  3. Peserta boleh mewarna dan mengolah lakaran mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing.
  4. Warna hendaklah terang dan bersih.
  5. Pemenang akan dinilai berdasarkan undian dari juri/hakim.
  6. Lukisan yang mendapat ‘Like’ yang banyak di FB TcerDotMy akan memenangi hadiah bagi lukisan paling viral iaitu dalam kategori khas.
  7. Keputusan juri adalah muktamad.

Cara Menghantar Lukisan Anda

Setelah para peserta berjaya menyiapkan lukisan tersebut, anda perlu menghantar lukisan tersebut di pautan dibawah. Pastikan anda telah menyemak semua syarat-syarat yang diberikan untuk mengelakkan pertandingan anda terbatal.

Cara Menghantar Lukisan 

Sila klik pautan dibawah untuk menghantar lukisan tersebut.

Nota : Setiap lukisan yang dihantar tidak boleh melebihi saiz maximum 1mb bagi setiap lukisan. 

Makluman : Setiap peserta akan mendapat sijil penyertaan digital dari kami dan kepada setiap pemenang akan mendapat sijil penghargaan digital dari pihak kami. 

 

heri malaysia

Harapan Kami

Kami harap anak-anak sekalian dapat memberi sedikit masa untuk menyertai pertandingan ini dirumah. Perlu ingat, pertandingan ini adalah untuk memberi kegembiraan kepada semua kanak-kanak dan terima kasih kepada semua yang membantu dan menyokong pertandingan ini berlangsung.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila ajukan pertanyaan anda ke [email protected]. Semoga berjaga dan bermanfaat kepada semua.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More