Pertandingan Video Pendek Kesedaran Nanoteknologi 2025

Berikut adalah info terkini mengenai Pertandingan Video Pendek Kesedaran Nanoteknologi peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) anjuran Pusat Nanoteknologi Kebangsaan, MOSTI yang sedang dibuka untuk penyertaan.
Isi Kandungan
Maklumat Pertandingan Video Pendek Kesedaran Nanoteknologi
Maklumat penuh Pertandingan Video Pendek Kesedaran Nanoteknologi ini adalah seperti ketetapan berikut:
| Tema | “NANOTEKNOLOGI PEMANGKIN PEMBANGUNAN MAMPAN” |
| Anjuran | Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) |
| Yuran Penyertaan | Percuma |
| Hadiah | Tempat Pertama: RM3000 Tempat Kedua: RM2000 Tempat Ketiga: RM1000 |
| Tarikh Tutup | 31 Julai 2025 |

Syarat Kelayakan Penyertaan
Peserta mestilah memenuhi semua syarat-syarat Pertandingan Video Pendek Kesedaran Nanoteknologi yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Tiada Yuran Penyertaan Dikenakan.
- Pelajar warganegara Malaysia peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPT merangkumi IPTA / IPTS / Politeknik di seluruh Malaysia.
- Penyertaan adalah secara INDIVIDU atau BERKUMPULAN (maksimum 5 orang sahaja).
- Setiap Individu atau Kumpulan hanya boleh menghantar SATU video penyertaan sahaja.
- Video menggunakan Bahasa Melayu.
- Video adalah hasil kerja asli peserta sendiri dan tidak pernah dipertandingkan di mana-mana pertandingan sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
- Video hendaklah tidak menyentuh sensitiviti keagamaan, perkauman, politik, berbaur lucah atau merendahkan martabat mana-mana komuniti dan kumpulan tertentu serta tidak menyinggung mana-mana pihak.
- Video hendaklah dimuat naik kepada urus setia sebelum atau pada 31 Julai 2025.
- Hanya penyertaan yang menerima pengesahan penerimaan oleh pihak penganjur yang layak dinilai.
- Pemenang pertandingan akan dihubungi oleh pihak penganjur.
- Video yang dihasilkan perlu mempunyai kualiti gambar resolusi minimum 1080p dan ke atas, saiz fail tidak melebihi 1 GB, dalam format MP4 dan suara yang jelas.
- Video berdasarkan tema pertandingan iaitu “NANOTEKNOLOGI PEMANGKIN PEMBANGUNAN MAMPAN”.
- Video hendaklah mengandungi elemen objektif penganjuran iaitu kepelbagaian aplikasi nanoteknologi, nanometrologi dan nanokeselamatan seiring dengan SDG dan DSNN 2021-2030.
- Durasi video adalah tidak kurang dari 3 minit dan tidak melebihi 5 minit.
- Video penyertaan mesti dimuat naik ke pautan rasmi penganjur.
- Video yang dimuat naik hendaklah berdasarkan format yang diberikan. [IC Individu / IC Ketua Kumpulan_Nama IPT]. Contoh: [2030151007_USM]
- Pihak penganjur tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos atau kerugian yang ditanggung oleh peserta sepanjang tempoh pertandingan. Ini termasuk sebarang kerugian, kecederaan atau kerosakan akibat daripada sebarang perubahan, pembatalan, penamatan, penarikan balik atau penggantungan oleh MOSTI terhadap pertandingan ini.
- Peserta mengakui dan bersetuju bahawa hasil video yang dihantar bagi tujuan untuk menyertai pertandingan ini adalah karya asal peserta dan tidak melanggar mana-mana hak cipta, cap dagangan atau hak proprietari mana-mana pihak ketiga.
- Semua video penyertaan yang diterima boleh digunakan oleh MOSTI bagi tujuan pemasaran, promosi atau tujuan lain-lain.
- Pihak MOSTI berhak menerbitkan, mengeluarkan, memapar, mengedar, menyunting dan menayangkan pada skrin mana-mana hasil karya yang menang atau tidak di laman web, pameran, mana- mana media yang lain atau media sosial untuk tujuan kegunaan MOSTI.
- Peserta TIDAK DIBENARKAN menyiarkan video di mana-mana platform media sosial (seperti Youtube, Tiktok, Facebook, Instagram dan lain-lain) sebelum atau selepas tarikh tutup pertandingan.
- Video yang dihantar kepada pihak MOSTI tidak boleh menyertai mana-mana pertandingan sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
- Video yang telah memenangi pertandingan ini adalah hak milik MOSTI sepenuhnya.
Nota: Penyertaan terbatal sekiranya mana-mana syarat diatas tidak dipatuhi.
Cara Penyertaan
Pertandingan Video Pendek Kesedaran Nanoteknologi kini dibuka sehingga 31 Julai 2025 dan video yang telah siap dan ingin dihantar boleh dibuat pada pautan berikut:
>>>Pautan Muat Naik Video Pertandingan Video Pendek Kesedaran Nanoteknologi<<<

Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Pertandingan Video Pendek Kesedaran Nanoteknologi ini, anda boleh hubungi:
Urusetia Pertandingan Video Pendek Kesedaran Nanoteknologi
Pusat Nanoteknologi Kebangsaan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Aras 4, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya
Telefon: 03-8885 8671
Laman Web: www.mosti.gov.my
>>>Pautan Maklumat Untuk Rujukan Pertandingan Video Pendek Kesedaran Nanoteknologi<<<
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!



