Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pihak SPA Dedah Banyak Jawatan Kosong Rare Dalam SPA9

Pihak SPA Dedah Banyak Jawatan Kosong Rare yang mungkin sebelum ini kita tidak pernah mengetahuinya.

Sistem SPA9 atau Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia merupakan satu sistem yang digunakan untuk memohon pekerjaan sebagai penjawat awam.

Dalam sistem tersebut, banyak jawatan yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia merangkumi pelbagai peringkat kelayakan akademik dan bidang pengajian.

Untuk makluman, jawatan-jawatan yang ditawarkan tidak boleh didapati di dalam laman web mahupun aplikasi untuk mencari pekerja.

Bukan itu sahaja, jawatan penjawat awam jarang disiarkan secara terus melalui media sosial melainkan jawatan secara kontrak.

Sungguhpun begitu, masih ramai yang tidak mengetahui sebenarnya banyak jawatan-jawatan kosong yang bersifat ‘rare’ dalam sistem SPA9 ini dan baru-baru ini Pihak SPA Dedah Banyak Jawatan Kosong Rare itu sendiri di dalam TikTok SPAMalaysiaOfficial rasminya.

Isi Kandungan

Pihak SPA Dedah Banyak Jawatan Kosong Rare Dalam SPA9

Rata-rata, pemilihan jawatan dalam sistem berkenaan telah ditentukan dengan pelbagai faktor seperti mengikut pilihan rakan-rakan, saranan daripada ibu bapa dan lain-lain.

Oleh sebab itu, kebanyakan pemohon tidak pernah mengetahui beberapa jawatan yang ‘rare’ dan boleh dimohon dalam sistem SPA9.

  • Sebagai contoh, SPA9 menawarkan jawatan Pegawai Sains Metalurgi yang boleh dimohon oleh graduan-graduan dari bidang sains.

Dalam satu video yang telah dimuat turun menerusi akaun TikTok rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam itu, SPA memaklumkan bahawa kebanyakan pemohon tidak menelusuri pilihan jawatan secara menyeluruh.

Tidak hairanlah, kebanyakan pemohon cenderung untuk memilih 15 jawatan berdasarkan apa yang pernah didengarinya sahaja.

  • Sebagai contoh, jawatan yang popular seperti pegawai kebajikan masyarakat, pegawai penguatkuasa imigresen, bomba dan sebagainya.

Jelas pegawai terbabit, trend tersebut dilihat masih berleluasa dalam kalangan pemohon sehingga ke hari ini.

Selain itu, pemohon juga cenderung untuk membuat pilihan jawatan yang tidak bersesuaian dengan bidang dipelajari sewaktu universiti.

  • Sebagai contoh, seorang yang memiliki kelayakan membuat pilihan jawatan daripada kategori S (Sosial).

Pilihan jawatan yang ‘tidak kena’ pada kelayakan anda akan menyebabkan kebarangkalian anda untuk mendapat tempat berkurangan

“sebab sekarang ujian psikometrik kita dah ikut skim jawatan.”

Oleh sebab itu, pemohon disarankan untuk memilih jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik masing-masing.

Guna EZSkim Untuk Melihat Kesesuaian Jawatan Yang Ditawarkan Dalam SPA9

Untuk mengetahui jawatan-jawatan yang ‘rare’ serta ‘keserasian’ anda dengan jawatan tersebut, anda boleh melayari laman web EZSkim kerana menerusi sistem ini pengguna boleh melihat jawatan yang ditawarkan mengikut jenis skim seperti Kejuruteraan (J), Sosial (S) dan lain-lain.

Dalam sistem ini juga, anda boleh melihat syarat kelayakan bagi setiap jawatan yang ditawarkan dalam sistem SPA9.

Pihak SPA Dedah Banyak Jawatan Kosong Rare

Kredit Sumber: SPAMalaysiaOfficial

Harapan Penulis

Diharapkan dengan perkongsian Pihak SPA Dedah Banyak Jawatan Kosong Rare ini dapat memberikan manfaat untuk anda semua di luar sana.

Kepada mereka yang sedang berusaha mencari pekerjaan di luar sana, semoga perkongsian Pihak SPA Dedah Banyak Jawatan Kosong Rare ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam proses pencarian kerja. Selamat berjaya!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan lagi perkongsian serta info yang terkini dan menarik di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala informasi yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More