Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pindaan Takwim SAPS 2020 – Terkini

Berikut merupakan pindaan takwim SAPS 2020 yang terkini. Untuk makluman ibubapa dan penjaga, semakan keputusan peperiksaan terkini boleh dibuat selepas proses kemasukan markah dibuat oleh guru. Kebiasaannya, markah keputusan akan dikemaskini di sistem SAPS Ibu Bapa selepas selesai sahaja sesuatu peperiksaan. Dibawah terdapat sedikit pindaan Takwim Tarikh Kemasukan Markah SAPS bagi tahun 2020.

Isi Kandungan

Pindaan Takwim SAPS 2020

TAKWIM PINDAAN PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN DALAMAN

Pindaan Takwim SAPS 2020

Dengan peredaran zaman dan perkembangan teknologi masa kini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan sebuah sistem yang dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). SAPS merupakan aplikasi yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjadikan laporan markah peperiksaan pelajar lebih teratur. SAPS merupakan singkatan bagi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.

 

saps 2020

SAPS Membantu Guru dan Ibubapa

Sistem SAPS ini diwujudkan untuk KPM bagi mengumpul, menyimpan serta menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Justeru kini ibu bapa boleh terus membuat semakan keputusan peperiksaan terkini pelajar untuk sekolah rendah dan sekolah menengah secara atas talian (online)

Antara objektif sistem ini juga adalah bagi mengurangkan masalah permintaan data peperiksaan sekolah daripada pihak ibu bapa /penjaga. Dalam masa yang sama, SAPS juga dapat dijadikan sebagai penunjuk aras kepada pihak yang berkenaan melalui analisis TOV ( Take Of Value ), ETR ( Expected Target Result ) dan AR ( Actual Result ) yang lebih mudah diakses dan dilihat secara dalam sistem

Dengan adanya sistem SAPS ini, guru kelas dan guru mata pelajaran mempunyai peranan penting dengan mengakses sistem SAPS untuk memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi setiap kelas di bawah seliaannya. Manakala para ibu bapa pula boleh membuat semakan prestasi markah anak-anak melalui sistem SAPS Semakan Ibu Bapa.

Proses memasukan data seperti markah peperiksaan dalaman pelajar adalah mengikut takwim kemasukan markah yang telah disediakan oleh pihak KPM untuk tindakan guru. Ketersediaan kemasukan markah / keputusan peperiksaan terkini dalam SAPS turut bergantung kepada masa yang diambil oleh guru kelas dan guru mata pelajaran sama ada lambat atau cepat.

Semakan Keputusan Peperiksaan Online

Senarai Keputusan Peperiksaan yang boleh disemak adalah:

  1. Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 – 6)
  2. Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5)

Antara Jenis Keputusan Peperiksaan yang boleh disemak adalah:

  1. Ujian 1
  2. Peperiksaan Pertengahan Tahun
  3. Ujian 2
  4. Peperiksaan Akhir Tahun
  5. Trial Exams (Peperiksaan Percubaan) untuk UPSR, PT3 dan SPM

Keputusan penuh peperiksaan awam utama seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR, Pentaksiran Tingkatan 3 PT3 dan SPM Sijil Pelajaran Malaysia walau bagaimanpun tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS.

Kepada ibu bapa, jika anda ingin membuat semakan keputusan peperiksaan anak anda, boleh terus klik pada butang yang tertera di bawah ini: https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Langkah untuk membuat semakan adalah;

  1. Masukkan nombor sijil lahir ataupun kad pengenalan pelajar. Pastikan memasukkan tanpa tanda (space) ataupun sengkang.
  2. Kemudian, masukkan maklumat pelajar dan sekolah terkini ataupun sekolah sebelum ini jika ada.
  3. Pastikan negeri, daerah dan nama sekolah adalah betul anda masukkan.
  4. Klik semak.
  5. Kemudian, keputusan peperiksaan anda akan dipaparkan.

Gred Markah SAPS

Berikut adalah gred markah peperiksaan untuk markah yang diperolehi oleh pelajar :-

1. Gred Sekolah Rendah

  • 80-100 (A) Cemerlang
  • 65-79 (B) Baik
  • 50-64 (C) Memuaskan
  • 40-49 (D) Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 (E) Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH : (TH) Tidak Hadir

2. Gred Menengah Rendah

  • 85-100 (A) Cemerlang
  • 70-84 (B) Kepujian
  • 60-69 (C) Baik
  • 50-59 (D) Memuaskan
  • 40-49 (E) Mencapai Tahap Minimum
  • 00-39 (F) Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH : (TH) Tidak Hadir

3. Gred Menengah Atas

  • 90-100 (A+) Cemerlang Tertinggi
  • 80-89 (A) Cemerlang Tinggi
  • 70-79 (A-) Cemerlang
  • 65-69 (B+) Kepujian Tertinggi
  • 60-64 (B) Kepujian Tinggi
  • 55-59 (C+) Kepujian Atas
  • 50-54 (C) Kepujian
  • 45-49 (D) Lulus Atas
  • 40-44 (E) Lulus
  • 00-39 (G) Gagal
  • TH : (TH) Tidak Hadir

Masalah SAPS Kepada Guru dan Ibubapa

Seperti yang kita tahu terdapat beberapa masalah atau kekurangan yang dihadapi sejak pelaksanaan dan kewujudan website SAPS ibubapa ini. Masalah ini jika diteliti sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori masalah.

  1. Sistem – Keselamatan Data di Dalam Website
  2. Sistem – Masalah Server Down dan Tidak Boleh Akses
  3. Guru – Buat Kerja Sama Isi Markah Murid
  4. Ibubapa – Jauhnya Peluang Ibubapa Bersua Muka dengan Guru

Semoga info-info ini dapat membantu para ibubapa dan juga para guru sekalian.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More