PISMP 2025: Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM Bidang PAKK

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai PISMP 2025 yang kini sedang dibuka untuk lepasan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) dari Kolej Vokasional KPM Ambilan Diploma Sesi 2023.
Isi Kandungan
Maklumat PISMP 2025
Kementerian Pendidikan mempelawa lepasan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) dari Kolej Vokasional KPM Ambilan Diploma Sesi 2023 yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak di Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM bagi tahun 2025.

Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan permohonan PISMP 2025 yang kini sedang dibuka, iaitu:
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 22 tahun pada 30 Jun 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2003.
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- LULUS Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SVM.
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred LULUS dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat SVM.
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred LULUS dalam mata pelajaran bahasa Inggeris bagi setiap semester di peringkat SVM.
- LULUS Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) dari Kolej Vokasional KPM dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.5.
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred A- dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran pada peringkat diploma.
Calon yang tidak layak memohon pula adalah seperti berikut:
- Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di mana-mana institusi pendidikan dalam dan luar negara.
- Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi Kerajaan.
- Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan pengajian.
- Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan PISMP 2025 kini dibuka bermula 14 Mei 2025 hingga 23 Mei 2025 dan boleh dibuat pada laman sesawang PISMP Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja dan boleh mengemaskini permohonan pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum tarikh permohonan ditutup.
Pemohon perlu membuat pengesahan permohonan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan permohonan dan tarikh menduduki e-UKCG.
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Pemohon perlu menyemak tarikh-tarikh penting pengambilan PISMP lepasan Diploma PAKK dari Kolej Vokasional KPM tahun 2025. Walau bagaimanapun, KPM berhak meminda sebarang aktiviti dan tarikh mengikut keperluan semasa.
Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian dikehendaki mengikuti PISMP selama empat tahun (12 semester) di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.
Tarikh-Tarikh Penting Proses Pengambilan
Tarikh-tarikh penting proses PISMP 2025 Lepasan Graduan Diploma PAKK dari Kolej Vokasional KPM ini adalah seperti berikut:
| Aktiviti | Tarikh |
|---|---|
| Paparan iklan di portal rasmi KPM. | 13 Mei 2025 |
| Permohonan dalam talian dibuka. | 14 Mei 2025 (Jam 2.00 Petang) |
| Permohonan dalam talian ditutup. | 23 Mei 2025 (Jam 11.59 Malam) |
| Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG). | 26 Mei 2025 |
| Semakan Layak Temuduga & Ujian Kecergasan Fizikal (UKF). | 30 Mei 2025 |
| Pelaksanaan Temuduga & Ujian Kecergasan Fizikal (UKF). | 10 Jun 2025 – 11 Jun 2025 |
| Hebahan Calon Jaya. | 28 Julai 2025 |
| Pendaftaran Kemasukan IPG. | 11 Ogos 2025 |
**Tarikh dan aktiviti tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan PISMP 2025 ini, sila hubungi alamat berikut:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon : 03 – 8312 6733 / 6760 / 6723 / 6720 / 6768 / 6693 (Isnin – Jumaat: Jam 8.00 AM – 5.00 PM)
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!



