Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PKP di 7 daerah di Kelantan

Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021, merujuk kepada tindakan pencegahan yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan Malaysia terhadap wabak koronavirus (COVID-19) mulai 18 Mac 2020. Perintah ini adlaah bertujuan untuk mengekang penularan wabak covid-19 dari terus merebak keseluruh negara.

Isi Kandungan

7 DAERAH PKP BERMULA 16 APRIL 2021

pkp

Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di tujuh daerah di Kelantan selama dua minggu, bermula Jumaat ini. PKP di Kelantan membabitkan daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan 30.5 peratus di negeri itu dalam tempoh 14 hari. Kes meningkat daripada 756 kes kepada 1,088 kes dan semua tujuh daerah ini kini berada dalam Zon Merah.

Selain itu, sembilan kluster baharu dilaporkan dalam tempoh 14 hari dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.

“Selepas membuat penilaian risiko dan atas nasihat KKM dan selepas perbincangan dengan kerajaan negeri, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di tujuh lokaliti itu bermula 16 April hingga 29 April ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan juga bertujuan memastikan pergerakan penduduk di lokaliti dapat dikawal bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19.

“Antara prosedur operasi standard (SOP) yang akan dikuatkuasakan di kawasan PKP adalah sekatan jalan raya di semua sempadan daerah dan negeri.

“Bagaimanapun, semua sektor ekonomi dan perniagaan yang diluluskan oleh kementerian atau agensi yang berkaitan boleh beroperasi dalam tempoh yang dilaksanakan,” katanya.

Katanya, pelaksanaan kawalan pergerakan di daerah ini akan mengikut SOP Am PKP yang dikemas kini pada 26 Februari lalu manakala SOP lebih lanjut boleh dirujuk melalui laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sumber Berita Harian

Selain daripada info-info yang diceritaka diatas, banyak lagi perkara yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan antaranya ialah aktiviti yang dibenar dan tidak dibenarkan sepanjang sekatan perjalanan diadaka.

Aktiviti dibenarkan:

  • Sektor ekonomi yang dibenarkan
  • Membeli atau mendapatkan barang keperluan
  • Mendapatkan rawatan kesihatan dan perubatan
  • Menjalankan urusan Rasmi Kerajaan dan tugas kehakiman

Aktiviti tidak dibenarkan:

  • Pergerakan rentas daerah dalam kawasan PKP dan rentas negeri lain tanpa kebenaran PDRM
  • Pergerakan keluar dan masuk kawasan PKP tanpa kebenaran PDRM
  • Sila rujuk Senarai Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan

Selain itu juga kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif dan bantuan untuk membantu rakyat yang terjejas semasa perintah kawalan pergerakan berlaku. Antara bantuan PEMERKASA yang diumumkan oleh pihak kerajaan adalah seperti berikut:

  • Peruntukan RM450 juta tingkat kapasiti katil, peralatan ICU rawatan COVID-19
  • RM550 tampung pertambahan kos operasi, pengurusan krisis kesihatan
  • Lantikan kontrak lebih 14,000 jawatan pegawai perubatan
  • Percepat pemberian vaksin 80,000 dos sehari (sasaran 150,000 dos sehari menjelang akhir Jun)
  • Aset kerajaan digerakkan permudah warga emas ke PPV
  • RM2.1 bilion untuk BPR tambahan sehingga RM500 (mengikut kategori) menjelang hujung Jun
  • Moratorium 3 bulan atau pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan
  • Skim rehabilitasi sewa beli bas dan teksi
  • Program MARA Prihatin – peminjam boleh jadualkan semula bayaran pinjaman pelajaran
  • Lanjutan Program Subsidi Upah selama sebulan
  • Geran Khas Prihatin ditambah RM500 kepada RM1,500 pertengahan bulan Jun dan baki pada Julai
  • Bantuan khas one-off RM500 kurangkan beban pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah
  • Bayaran lewat renew lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021
  • Lanjutan diskaun bil elektrik kepada sektor yang terjejas
  • Lanjutan duti setem HOC sehingga 31 Disember 2021
  • Pengecualian cukai jualan CKD dan CBU import sehingga 31 Disember 2021

Diharapakan semua bantuan yang diumumkan ini sampai kepada rekyat yang terjejas dan ketua masyarakat setiap daerah atau kawasan perlu memainkan peranan masing-masing agar tiada rakyat yang tercicir dalam mendapatkan bantuan ini.

Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan yang diumumkan ini, anda boleh layari website Tcer.my ataupun terus ke pejabat kerajaan yang berkaitan berhampiran dengan tempat tinggal anda.

 

Artikel lain: Aplikasi Odajer.com Sebagai Platform Jualan Kelantan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More