Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PKP di Keningau disambung 14 hari

Daerah Keningau, Sabah dilanjutkan PKP

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Keningau, Sabah disambung 14 hari lagi, bermula esok.

keningau

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata secara kumulatif setakat ini, sebanyak 2,138 kes COVID-19 direkodkan di daerah itu dengan beberapa kampung dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika ini.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan wujud beberapa kluster baharu dan masih berlaku peningkatan kes COVID-19 dalam komuniti dengan jumlah kes aktif bagi tempoh 14 hari, sebanyak 148 kes.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melanjutkan PKP di daerah berkenaan bermula 5 hingga 18 April ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, PKPD di Taman Guru, Kuantan, Pahang dijadualkan berakhir Jumaat ini, ditamatkan lebih awal esok.

Katanya, KKM hingga kini melaksanakan 481 ujian saringan dan secara kumulatif sebanyak 89 kes COVID-19 direkodkan di lokasi berkenaan.

“KKM mengesahkan baki kes aktif di lokaliti itu terkawal dan tiada lagi sampel saringan sedang menunggu keputusan.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Taman Guru pada 5 April (esok) lebih awal daripada tarikh dijadualkan,” katanya.

Sumber Berita Harian

Artikel lain: Biasiswa Gamuda

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More