Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Official PM Bakal Umum Lanjutan Moratorium 2

PM bakal umum lanjutan moratorium susulan dari wabak covid 19 yang kian meningkat. Pengumuman ini pasti di tunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia yang terkesan dengan perintah kawalan pergerakan disebabkan wabak covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat Pengumuman Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar jam 3 petang ini.

Perkara itu dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi poster pengumuman berkenaan yang turut dimuat naik dalam media sosial termasuk akaun Facebook rasmi Muhyiddin.

Pengumuman tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi rangkaian televisyen tempatan; Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

Berita baik itu dijangka memberi kelegaan kepada rakyat kerana sebahagian besar masih mengharapkan moratorium itu dilanjutkan.

PM Bakal Umum Lanjutan Moratorium Dan Bantuan Bersasar

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika menjawab soalan pada sidang Dewan Rakyat, 21 Julai lalu dilaporkan berkata, kerajaan dan bank mengkaji lebih banyak bantuan bersasar kepada peminjam selepas moratorium bayaran balik pinjaman berakhir 30 September nanti.

Menurutnya, ia termasuk pilihan pembiayaan semula berikutan sebahagian peminjam swasta dan perniagaan kini telah dapat membayar semula pinjaman mereka selepas menjana pendapatan apabila ekonomi dibuka semula pada Mei.

“Langkah seterusnya, (kami) masih berbincang dengan bank (mengenai) pertolongan secara lebih tersasar. Satu contohnya adalah memanjangkan tempoh bayaran, mengubah terma dan syarat, mengurangkan kadar faedah dan memberi pelepasan lain,” katanya.

Terdahulu pada 28 Jun lalu, kata Tengku Zafrul, hanya golongan sasar yang terjejas akan menerima moratorium sekiranya ia dilanjutkan dan bukan lagi secara automatik kepada semua seperti sebelum itu.

Malaysia antara negara terawal melaksanakan moratorium secara automatik selain Singapura, Thailand, Indonesia, Itali, Kanada dan Amerika Syarikat tetapi hanya negara ini memberi moratorium selama enam bulan.

Setakat 20 Julai lalu, nilai moratorium bayaran balik pinjaman institusi kewangan dianggarkan berjumlah RM59 bilion sejak kemudahan itu dikuatkuasakan pada 1 April dan memanfaatkan keseluruhannya 7.7 juta rakyat.

Semoga dengan pengumuman ini nanti dapat meredakan kerunsingan rakyat malaysia yang perlu membayar pinjaman bank. Sama-sama kita nantikan pada jam 3 petang nanti.

Sumber: Sinar Harian

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More