Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pos Malaysia Turut Henti Hantar ‘Parcel’ Kerna Covid19

Sebelum ini Syarikat kurier J&T Express yang dilaporkan netizen tidak lagi membuat penghantaran bungkusan atau parcel ke beberapa kawasan dalam negara ketika ini.

Perkara itu didedahkan melalui satu ciapan yang dibuat pengguna Twitter sejak semalam serta komen-komen yang ditinggalkan di kiriman Facebook milik J&T Express – Malaysia.

“J&T dah tak hantar parcel (bungkusan) ke poskod ini,” tulis @adilafarhanaali di laman Twitter beliau.

Ciapan itu kemudiannya menarik perhatian ramai dan sehingga artikel ini ditulis sudah pun mencecah sehingga 15 ribu retweet

Tidak dapat dinafikan bahawa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan membuatkan ramai yang shopping online. Buat anda yang tertanya-tanya di mana barangan anda tidak kunjung tiba, ini mungkin jawapan kepada persoalan anda.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter @nunnajmeen mendakwa bahawa perkhidmatan pos dan Pos Laju tidak akan beroperasi di beberapa kawasan zon merah

Pos Malaysia DAH TAK HANTAR PARCELS TO THESE RED ZONES

sorry quality gambar Android.

please RT to let others know @adibahnoor @InjangNation@zaimnajwa @bujibu__chempel @hanifjamals @ijaicool @TypicalMsian pic.twitter.com/dXMUN3ycPE

— nun wau nun (@nunnajmeen) April 8, 2020

Maksudnya parcel anda tidak akan dihantar jika kawasan anda tersenarai dalam kawasan zon merah. Tambahnya lagi, barang yang beliau cuba hantar menggunakan pos laju ditolak kerana poskod penerima berada dalam zon merah.

Beliau mengatakan bahawa senarai ini ditampal oleh pihak pejabat pos semalam. Adakah pejabat pos anda turut tampal notis seperti ini? Walau bagaimanapun, tiada pengumuman rasmi dari pihak Pos Malaysia ketika ini berhubung perkara tersebut.

Jika parcel anda tidak lagi dihantar dan anda berada dalam zon merah, cuba hubungi pihak Pos Malaysia untuk maklumat lanjut di talian 1-300-30-0300 atau di laman sosial Pos Malaysia di Twitter atau Facebook.

Pihak Pos Malaysia juga meminta orang ramai untuk merujuk kepada saluran media sosial rasmi Pos Malaysia untuk maklumat lanjut.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More