Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Rumah PPR 2024: Semak Syarat Kelayakan & Cara Memohon

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai permohonan rumah PPR 2024 untuk rujukan utama semua rakyat Malaysia yang layak.

Isi Kandungan

Apa Itu PPR?

Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah satu program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

Jabatan Perumahan Negara (JPN) dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.

PPR terdiri daripada dua (2) kategori iaitu:

  • PPR Disewa.
  • PPR Dimiliki.

Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Disewa atau PPR Dimiliki akan menggunakan spesifikasi perancangan dan reka bentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

Ciri-ciri projek rumah PPR 2024 ini adalah seperti berikut:

Bagi Kawasan Bandar-Bandar BesarJenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat.
Bagi Kawasan Pinggir BandarJenis rumah teres.
KeluasanTidak kurang daripada 700 kaki persei.
Binaan1. 3 Bilik Tidur.
2. 1 Ruang Tamu.
3. 1 Ruang Dapur.
4. 2 Bilik Air.
Kemudahan Asas1. Dewan Komuniti / Ruang Orang Ramai.
2. Surau / Ruang Solat.
3. Gerai Makan / Ruang Niaga.
4. Tadika.
5. Kemudahan OKU.
6. Taman Permainan / Kawasan Lapang.
7. Rumah Sampah.
Permohonan Rumah PPR 2024: Semak Syarat Kelayakan & Cara Memohon 1
PPR 2024

Jenis Kategori PPR 2024

Terdapat dua (2) kategori dalam PPR dan bayarannya adalah seperti berikut:

PPR DisewaPPR Dimiliki
Bayaran RM 124 SebulanRM 35,000 Seunit (Semenanjung Malaysia)
RM 42,000 Seunit (Sabah dan Sarawak)

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah PPR 2024

Sebelum membuat permohonan, pemohon mestilah memenuhi semua syarat-syarat kelayakan seperti dibawah:

  1. Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000 sebulan.
  4. Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah.
  5. Memenuhi semua syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Cara Permohonan Rumah PPR 2024

Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri / Lembaga Perumahan Negeri / Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.

Pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat secara manual dengan menghubungi Bahagian Perancangan & Pembangunan Projek PPR setiap negeri di laman web KPKT.

Bagi permohonan secara online, pemohon boleh memohon Rumah PPR melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) pada portal TEDUH.

Permohonan Rumah PPR 2024: Semak Syarat Kelayakan & Cara Memohon 2
PPR 2024

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

KategoriSenarai Dokumen Yang Perlu Dimuat Naik Di SPRN
Pemohon1. Kad Pengenalan / Kad Tentera / Kad Polis.
2. Bil Elektrik / Bil Telefon / Bil Air Kediaman Terkini.
3. Kad OKU / Surat Pengesahan OKU (Jika Berkenaan).
4. Surat Pengesahan Majikan (Jika Berkenaan).
5. Surat Akaun Sumpah Bekerja Sendiri (Jika Berkenaan).
6. Sistem Maklumat Rujukan Pusat Pemohon (CCRIS / CCTOS).
7. Penyata Gaji Terkini Pemohon (Jika Berkenaan).
8. Penyata KWSP / Penyata Cukai Pendapatan (Jika Berkenaan).
9. Kad Pencen Pemohon (Jika Berkenaan).
10. Surat Akaun Sumpah Bujang (Jika Berkenaan).
Pasangan1. Kad Pengenalan / Kad Tentera / Kad Polis.
2. Sijil Nikah / Dokumen Yang Setara (Jika Berkenaan).
3. Kad OKU / Surat Pengesahan OKU (Jika Berkenaan).
4. Surat Pengesahan Majikan (Jika Berkenaan).
5. Surat Akaun Sumpah Bekerja Sendiri (Jika Berkenaan).
6. Surat Akaun Sumpah Tidak Bekerja (Jika Berkenaan).
7. Penyata KWSP Pasangan (Jika Berkenaan).
8. Penyata KWSP (Tidak Bekerja) (Jika Berkenaan).
9. Sistem Maklumat Rujukan Pusat Pemohon (CCRIS / CCTOS).
10. Penyata Gaji Terkini (Jika Berkenaan).
11. Penyata KWSP / Penyata Cukai Pendapatan (Jika Berkenaan).
12. Kad Pencen Pasangan (Jika Berkenaan).
13. **Surat Cerai / Sijil Kematian (Jika Berkenaan).
Tanggungan1. Kad Pengenalan / My Kid Tanggungan / Surat Beranak (Jika Berkenaan).
2. Kad OKU / Surat Pengesahan OKU Tanggungan (Jika Berkenaan).
3. Penyata Gaji Terkini (Jika Berkenaan).
4. Surat Akaun Sumpah Bekerja Sendiri / Tidak Bekerja (Jika Berkenaan).

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perumahan Negara (JPN), KPKT akan membuka permohonan bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) Tagasan, Semporna Sabah secara dalam talian (online) melalui SPRN.

Permohonan boleh dibuat melalui portal TEDUH bermula pada 08 April 2024 hingga 08 Mei 2024.

Untuk makluman, Jabatan Perumahan Negara (JPN), KPKT TIDAK PERNAH melantik mana-mana ejen untuk permohonan PPR ini.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan PPR 2024 ini, sila hubungi nombor-nombor yang tertera berikut:

  • Untuk Pertanyaan Program Skim PPR: 03 – 8891 4052 (Selangor, Melaka, Johor, Negeri Sembilan).
  • Untuk Pertanyaan Program Skim PPR: 03 – 8891 4278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak).
  • Untuk Pertanyaan Program Skim PPR: 03 – 8891 4028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu).
  • Untuk Masalah Teknikal / Masalah Sistem: 03 – 8891 4475 atau E-mail kepada [email protected].
  • Untuk Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta: 03 – 8891 4200.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More