Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Daya Kerjaya 2.0: Insentif RM1500 Sebulan

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut berkaitan inisiatif baharu Program Daya Kerjaya 2.0 yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan untuk rakyat Malaysia.

Isi Kandungan

Apa Itu Program Daya Kerjaya 2.0?

Program Daya Kerjaya 2.0 adalah Skim Sokongan Pekerjaan di Sektor Swasta dan GLC (Government – Linked Companies) serta GLIC (Government – Linked Investment Companies) yang merupakan satu insentif penggajian sebanyak RM1,500 sebulan selama 6 bulan untuk setiap pekerja yang diambil oleh majikan yang menawarkan pekerjaan kepada golongan mudah terjejas bermula 1 Disember 2023.

Objektif utama pengenalan bantuan Skim Sokongan Pekerjaan Program Daya Kerjaya 2.0 ini adalah untuk

  1. Menggalakkan sektor swasta / GLC / GLIC menggaji pekerja dalam kalangan golongan mudah terjejas dengan nilai yang lebih tinggi.
  2. Menggalakkan golongan mudah terjejas seperti OKU, bekas banduan, pesara dan warga emas mendapatkan pekerjaan dan gaji.
Program Daya Kerjaya 2.0: Insentif RM1500 Sebulan 1
Program Daya Kerjaya 2.0

Tarikh Permohonan & Cara Permohonan

Majikan yang berminat untuk memohon insentif Program Daya Kerjaya 2.0 yang ditawarkan ini boleh berbuat demikian pada tarikh permohonan dibuka melalui pautan berikut:

Tarikh Permohonan Dibuka10 Januari 2024
Tarikh Permohonan Ditutup31 Disember 2024
Cara Permohonan>>>Permohonan Program Daya Kerjaya 2.0<<<

Keisitimewaan Program Daya Kerjaya 2.0

Berikut merupakan beberapa keistimewaan yang ditawarkan kepada syarikat swasta / GLC / GLIC yang mengambil bahagian dalam Skim Sokongan Pekerjaan Program Daya Kerjaya 2.0 ini. Antaranya adalah

  • Tiada had permohonan bilangan pekerja.
  • Majikan boleh mendapatkan calon melalui Portal MYFutureJobs dan temu duga terbuka anjuran PERKESO.
  • Mendapatkan khidmat nasihat bagi penggajian bagi penggajian dan penyediaan tempat kerja yang kondusif bagi golongan mudah terjejas.

Golongan Mudah Terjejas

Antara yang dikategorikan golongan-golongan mudah terjejas adalah

  • Orang Kurang Upaya (OKU) / Peserta RTW (Return To Work) di bawah PERKESO.
  • Orang Diparol (ODP) / Orang Bebas Berlesen (OBB) / Penghuni Bebas Lesen (PBL) / Bekas Banduan.
  • Warga Emas / Pesara yang berumur melebihi 60 tahun.

Syarat Tambahan

Berikut pula merupakan syarat-syarat tambahan yang perlu dipenuhi oleh setiap majikan untuk membolehkan mereka mendapat insentif yang ditawarkan melalui Skim Sokongan Pekerjaan ini, iaitu

  1. Majikan hendaklah telah berdaftar atau mencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) semasa permohonan dilakukan.
  2. Majikan atau perusahaan hendaklah telah berdaftar dengan SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan semasa permohonan dilakukan.
  3. Majikan hendaklah mengiklankan jawatan dan melengkapkan profil majikan di Portal MYFutureJobs.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berhubung Skim Sokongan Pekerjaan ini, sila rujuk saluran-saluran berikut:

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More