Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Diploma Perguruan Malaysia Bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Program diploma perguruan Malaysia bagi bidang pendidikan awal Kanak – kanak kini dibuka  untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dialu – alukan untuk mengisi Program diploma perguruan Malaysia bagi bidang pendidikan awal Kanak – kanak seperti dibawah:

Maklumat Program

Program ini dikhususkan untuk melatih guru tadika swasta dalam
perkhidmatan, bagi mendapatkan kelayakan akademik minimum diploma
dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) bagi semua guru
prasekolah di Malaysia. Program pengajian yang ditawarkan bertujuan untuk
memberi pengetahuan ikhtisas dan menyediakan pengalaman bagi
membolehkan guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang
berkaitan dengan profesion perguruan. Program ini ditawarkan di kampus
terpilih Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru Diploma Pendidikan Awal
Kanak-Kanak yang terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam
melaksanakan tugas mereka sebagai pendidik. Guru-guru yang telah
menamatkan pengajian akan ditempatkan semula di tadika masing-masing.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa menggandakan usaha
melalui pelbagai inisiatif dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara,
khususnya pendidikan prasekolah. Oleh itu, cadangan pelaksanaan Program
Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) bidang PAKK bagi guru tadika swasta
amat penting dalam meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah di Malaysia.
Program ini akan dapat membangunkan potensi guru secara individu dan
meningkatkan kualiti guru prasekolah secara amnya.

Program diploma perguruan Malaysia

Syarat Permohonan

  • SYARAT UMUM
    Telah dilantik dan sedang berkhidmat di tadika swasta yang berdaftar
    dengan KPM.
  • SYARAT AKADEMIK
    a) Memiliki kelulusan SPM/ SPM(V)/ SPVM/ SMA/ SMU dengan tiga
    kepujian dalam satu sijil atau gabungan dua sijil dalam tempoh tiga tahun
    berturut-turut serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian
    lisan dan lulus Bahasa Inggeris;
    atau
    b) Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurangkurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran
    atau yang setaraf dengannya serta memiliki kepujian Bahasa Melayu
    dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM;
    atau
    c) Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurangkurangnya gred Maqbul serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan
    lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM;
    atau
    d) Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam Pengasuhan
    Awal Kanak-kanak/ Prasekolah serta memiliki kepujian Bahasa
    Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat
    SPM;
    atau
    Bagi pemohon yang tidak memenuhi syarat di a, b, c atau d
    e) Lulus ujian penilaian Accreditation of Prior Experiential Learning
    (APEL) yang dikendalikan oleh Malaysian Qualifications (MQA) serta
    memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus
    Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

Cara membuat permohonan

Calon yang berminat hendaklah klik atau scan QR code yang diberikan

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSch8UUFWV4OtGL-igvAVa2hqpDOU_p79F1Y4_U_VBBkA27r_Q/viewform

atau

Klik pautan “MOHON SINI” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>> IKLAN PENUH PERMOHONAN

 

Program diploma perguruan Malaysia

 

Pastikan anda rujuk iklan penuh dibawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Program diploma perguruan Malaysia bagi bidang pendidikan awal Kanak – kanak memberi manfaat kepada anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Menarik untuk dibaca: Jawatan Kosong di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

 

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More