Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program i-Lindung KWSP 2023

Program i-Lindung KWSP telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan bagi membenarkan pengeluaran simpanan KWSP melalui pelbagai program lain seperti i-Sinar, i-Citra, i-Lestari dan sebagainya.

Malah masih ramai yang telepas pandang berkenaan dengan satu lagi program di bawah KWSP yang dikenali sebagai i-Lindung ini.

Isi Kandungan

Apa Itu Program i-Lindung KWSP?

Program i-Lindung KWSP pada asasnya merupakan sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang boleh digunakan bagi tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).

Melalui PPA ini, ahli dibenarkan membeli produk insurans atau takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP.

Program ini sekaligus membantu para ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.

Program i-Lindung KWSP

Syarat Kelayakan i-Lindung KWSP

Syarat-syarat kelayakan Program i-Lindung KWSP ini adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pengguna i-Akaun (Ahli).
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP.

Cara Memohon i-Lindung KWSP

Pengeluaran simpanan KWSP dari Akaun 2 melalui i-Lindung adalah terbuka bagi pembelian polisi perlindungan hayat dan penyakit kritikal.

Kaedahnya adalah seperti berikut:

  1. Log masuk ke i-Akaun (Ahli).
  2. Klik pada tab i-Lindung.
  3. Pilih produk yang ditawarkan oleh SIT.
  4. Lengkapkan maklumat di portal SIT.
  5. Kebenaran untuk potongan dari Akaun KWSP.
  6. Penerimaan penyata maklumat dari SIT.

Ciri-Ciri Utama i-Lindung

  • Proses yang lancar – Cara yang mudah untuk mendapatkan produk perlindungan tanpa memerlukan pemeriksaan kesihatan.
  • Sebut harga serta merta – Dapatkan sebut harga bagi setiap produk yang ditawarkan secara dalam talian.
  • Pusat maklumat – Kemudahan akses dan menganalisis semua maklumat produk yang ditawarkan sebelum membuat pilihan.
  • Paparan keseluruhan – Memaparkan maklumat berkaitan polis / sijil yang dibeli secara keseluruhan.
  • Bila-bila masa dan di mana sahaja – Kelebihan untuk mendapatkan produk pada bila-bila masa dan di mana jua.

Apakah Jenis Perlindungan Yang Ditawarkan?

Jenis perlindungan yang ditawarkan adalah:

  1. Perlindungan Hayat
  2. Perlindungan Penyakit Kritikal

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Program i-Lindung KWSP ini, sila layari Portal Rasmi KWSP DISINI.

Seterusnya, jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More