Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Program Ijazah Lanjutan (PIL) Tahun 2024

Berikut kami kongsikan berkaitan permohonan untuk tawaran penajaan Program Ijazah Lanjutan (PIL) bagi tahun 2024.

Isi Kandungan

Mengenai Program Ijazah Lanjutan 2024

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang Lepasan Ijazah Pertama Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dalam pelbagai bidang di universiti yang telah dikenal pasti oleh JPA dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

JPA kini mempelawa pelajar cemerlang Lepasan Ijazah Pertama Tajaan JPA untuk memohon penajaan Program Ijazah Lanjutan (PIL) Tahun 2024.

Permohonan adalah secara dalam talian (online) yang kini dibuka mulai 29 Februari 2024 sehingga 7 April 2024.

Permohonan Program Ijazah Lanjutan (PIL) Tahun 2024 1
Program Ijazah Lanjutan

Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh-tarikh penting berkaitan PIL 2024 ini adalah seperti berikut:

AktivitiTarikh / Hari
Permohonan Dibuka29 Februari 2024 (Khamis) | 10.00 pagi
Permohonan Ditutup7 April 2024 (Ahad) | 11.59 malam
Student Assessment Centre (SAC)Minggu Ke-4 April 2024*
Jangkaan KeputusanMinggu Ke-4 Mei 2024*
Program Ijazah Lanjutan

*Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

Bidang-bidang pengajian di bawah PIL 2024 adalah seperti berikut:

  • Science, Technology; Engineering and Mathematics (STEM).
  • Ekonomi.
  • Undang-Undang.
  • Kewangan Islam.
  • Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).
  • Peralihan Tenaga.
  • Keselamatan dan Persempadanan Negara.
  • Keterjaminan Makanan.
  • Pengurusan Bencana.
  • Keselamatan Siber.
  • Transformasi Digital.

Bidang pengajian seperti perubatan, pergigian, farmasi, pendidikan, kejururawatan, kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen seperti lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA dan Certificate in Legal Practice (CLP) adalah tidak ditaja.

Permohonan Program Ijazah Lanjutan (PIL) Tahun 2024 2
Program Ijazah Lanjutan

Syarat Kelayakan Permohonan Program Ijazah Lanjutan 2024

Sebelum mengisi permohonan, calon-calon mestilah memenuhi syarat umum dan syarat khusus permohonan seperti di bawah:

  1. Warganegara Malaysia berumur tidak lebih daripada 26 tahun pada tahun permohonan.
  2. Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat Ijazah Pertama.
  3. Pelajar yang layak memohon adalah pelajar tajaan JPA yang telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama pada tahun 2023 dan 2024 hingga tarikh tutup permohonan. Ia bertujuan untuk memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Sarjana.
  4. Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat / tanpa syarat daripada universiti dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
  5. Pelajar yang telah memulakan pengajian perlu mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 9 bulan.
  6. Mempunyai kesihatan yang baik iaitu bebas daripada sebarang penyakit kronik serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian.
  7. Ibu dan / atau bapa tidak di senarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  8. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.
  9. Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat Ijazah Pertama.
  10. Pelajar semasa memohon dan sepanjang tempoh penajaan mestilah tidak terikat dengan kontrak perkhidmatan sama ada secara tetap atau kontrak atau sambilan di agensi awam termasuk badan berkanun, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana agensi swasta supaya pelajar dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang pelajar. Obligasi ikatan kontrak berkhidmat bagi penajaan JPA yang diterima terdahulu hendaklah diuruskan sewajarnya berdasarkan dasar-dasar penajaan yang berkuat kuasa.
  11. Program Ijazah Sarjana yang dimohon bukanlah program yang dinilai taraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda bagi tujuan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam.
  12. Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2024.
  13. Bagi tujuan melanjutkan pengajian ke peringkat lanjutan / yang lebih tinggi, pelajar tajaan biasiswa perlu memohon penggantungan kontrak berkhidmat manakala pelajar tajaan PBU perlu memohon penangguhan bayaran balik pinjaman. Tempoh penggantungan kontrak / penangguhan bayaran balik pinjaman yang akan dipertimbangkan adalah mengikut tempoh asal pengajian.

Kelayakan minimum akademik permohonan pula adalah seperti berikut:

  1. Memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.50 atau setara pada pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam Negara atau luar Negara; atau
  2. Bagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun, kelayakan akademik minimum di peringkat Ijazah Pertama adalah seperti berikut:
  • United Kingdom adalah 70% & ke atas.
  • Australia / New Zealand adalah 85% & ke atas.
  • Jepun adalah 85% A+B (50%A). Jumlah gred A dan B yang diperoleh adalah sekurang-kurangnya 85% dan 50% daripada jumlah tersebut perlu mendapat gred A.

Cara Membuat Permohonan Program Ijazah Lanjutan 2024

Tawaran penajaan ini telah disiarkan melalui laman Portal Penajaan JPA dan calon boleh merujuk syarat permohonan, maklumat program dan Frequently Asked Questions (FAQ) yang lebih terperinci pada iklan penuh permohonan pada pautan berikut:

>>>Iklan Penuh Permohonan PIL Tahun 2024<<<

Permohonan kini dibuka secara dalam talian di Portal Penajaan JPA mengikut tarikh dan tempoh yang telah ditetapkan oleh JPA.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Ijazah Lanjutan Tahun 2024 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan Program Ijazah Lanjutan ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 – 8885 3297 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang atau e-melkan kepada [email protected] (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More