Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Jom Masuk U 2023

Program Jom Masuk U 2023 (JMU2023) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan diadakan bermula 20 Mei hingga 5 Jun 2023.

Program selama 17 hari itu akan melibatkan enam (6) zon di seluruh negara iaitu di zon tengah, zon timur, zon utara, zon selatan, zon Sabah dan zon Sarawak.

Isi Kandungan

Program Jom Masuk U 2023

Berikut adalah maklumat lanjut Program Jom Masuk U 2023 (JMU2023):

Program Jom Masuk U 2023

Penganjuran Program Jom Masuk U 2023 (JMU2023) bertujuan untuk mempromosi maklumat mengenai program pendidikan yang ditawarkan oleh institusi pendidikan dibawah KPT yang merangkumi Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) serta penglibatan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Program Jom Masuk U 2023 (JMU2023) menyasarkan kumpulan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, STAM dan Diploma/Setaraf.

Majlis Perasmian Program Jom Masuk U 2023 (JMU2023) akan dilaksanakan di Stadium Tertutup Arena Larkin Johor Bahru, Johor manakala Majlis Penutupan akan diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Calon-calon lepasan SPM dan STPM/Setaraf boleh memohon dan mengemaskini permohonan UPUOnline yang akan dibuka pada permohonan Fasa 2 mulai 15 Mei 2023 (12 tengah hari) hingga 09 Jun 2023 (5 petang).

Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan sepanjang JMU2023 berlangsung antaranya pameran, sesi konsultasi UPUOnline, talk show IPTA dan IPTS, cabutan bertuah, campus tour, aktiviti bersama alumni dan banyak lagi.

KPT ingin menjemput semua pihak khususnya pelajar, ibu bapa, penjaga, guru, kaunselor dan orang awam agar turut serta dalam JMU2023 dan mengucapkan selamat maju jaya bagi pemohon UPUOnline Sesi Akademik 2023/2024.

Maklumat Lanjut

Orang ramai boleh menghubungi KPT di talian 03-8684 2363 atau ke UPUChat untuk sebarang maklumat lanjut.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More