Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Payung Rahmah (Senarai Inisiatif Kos Sara Hidup B40)

Program Payung Rahmah adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar di Malaysia dalam menangani isu kos sara hidup yang semakin meningkat hari demi hari ini.

Kerajaan telah memperkenalkan Program Payung Rahmah bagi membantu golongan B40 yang bersedia mendepani isu kos sara hidup yang dijangka lebih serius tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata program itu adalah langkah jangka pendek bagi mengurangkan beban sara hidup golongan tersebut dalam tempoh enam bulan ini, dengan ia dijangka dilaksanakan dalam tempoh 100 hari.

Isi Kandungan

Program Payung Rahmah

Program ini melibatkan empat elemen iaitu Bakul Rahmah, Kafe Rahmah, Jualan Rahmah dan Pakej Rahmah bagi menyantuni golongan B40.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bahawa program ini nanti akan turut membabitkan kerjasama dengan Kementerian Ekonomi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Kementerian Pengangkutan.

Program Payung Rahmah

Bakul Rahmah

Bakul Rahmah adalah pemberian bakul makanan yang akan diberikan pada setiap bulan kepada yang layak.

Kafe Rahmah

Kafe Rahmah pula adalah khusus bagi pelajar universiti bagi mendapatkan makanan pada harga yang lebih murah dan seterusnya membantu pelajar yang kurang berkemampuan.

Jualan Rahmah

Jualan Rahmah adalah konsep jualan murah yang diperkenalkan oleh Kerajaan di bawah inisiatif Payung Rahmah, khusus untuk golongan B40.

Menerusi Program Jualan Rahmah, pasar raya menawarkan harga barangan keperluan sehingga 30 peratus lebih murah bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat terutama golongan rentan.

Pakej Rahmah

Pakej Rahmah pula merupakan pakej 10 barangan asas yang dijual pada harga lebih rendah untuk golongan B40.

Syarat Kelayakan Program Payung Rahmah

Antara kelayakan asas bagi permohonan bantuan ini adalah diberikan kepada golongan seperti berikut:

  • Golongan B40
  • Miskin tegar

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat atau pertanyaan, anda boleh layari Portal Rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup dan semoga perkongsian tentang Program Payung Rahmah ini dapat membantu meringankan beban rakyat yang sedang bersusah payah meneruskan kehidupan.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More