Program Penajaan Nasional (PPN) Tahun 2025

Berikut adalah info terkini mengenai Program Penajaan Nasional (PPN) Tahun 2025 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Isi Kandungan
Permohonan Program Penajaan Nasional Tahun 2025
Program Penajaan Nasional (PPN) Tahun 2025 merupakan penajaan kepada 30 orang pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia.
Senarai nama calon PPN 2025 bagi Bidang Kejuruteraan / Sains Teknologi DISINI dan bagi Selain Bidang Kejuruteraan / Sains Teknologi DISINI.
Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Pengajian yang ditaja adalah secara berpakej seperti berikut:
- Peringkat Persediaan (Program A-Level 24 bulan) di Kolej Yayasan UEM (KYUEM).
- Peringkat Ijazah Pertama di universiti terkemuka dunia di Amerika Syarikat, Australia, Republik Rakyat China atau United Kingdom yang dikenal pasti berdasarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings (keseluruhan) Tahun 2025 dan 2026.

Syarat Kelayakan Permohonan
Sebelum mengisi permohonan, calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum permohonan bagi Program Penajaan Nasional 2025 seperti di bawah:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian.
- Ibu dan / atau bapa dan / atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
- Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan / tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
- Menduduki peperiksaan SPM 2024 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian.
- Umur belum mencapai 19 tahun (atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
- Keutamaan diberikan kepada calon daripada latar belakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40.
- Selain itu, pelajar dengan penguasaan Bahasa Mandarin yang baik turut diberi keutamaan bagi tujuan penajaan ke Republik Rakyat China.
Selain itu, calon juga mestilah memenuhi syarat-syarat khusus permohonan bagi Program Penajaan Nasional 2025 seperti berikut:
- Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 8A+ atau 9A+ bagi mata pelajaran yang disenaraikan dan memperoleh sekurang-kurangnya A- bagi mata pelajaran selebihnya (jika ada), berdasarkan bidang pengajian yang ingin diikuti di peringkat Ijazah Pertama, seperti berikut:
| Bidang Kejuruteraan / Sains Teknologi | Selain Bidang Kejuruteraan / Sains Teknologi |
|---|---|
| Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 9A+ bagi mata pelajaran berikut: 1. Bahasa Melayu; 2. Bahasa Inggeris; 3. Matematik; 4. Sejarah; 5. Matematik Tambahan; 6. Fizik; 7. Kimia; 8. Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan Al- Sunnah / Pendidikan Syari’ah Islamiah / Pendidikan Moral / Usul Al-Din / Al-Syariah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Turath Dirasat Islamiah; dan 9. Satu mata pelajaran lain. | Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 8A+ bagi mata pelajaran berikut: 1. Bahasa Melayu; 2. Bahasa Inggeris; 3. Matematik; 4. Sejarah; 5. Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan Al- Sunnah / Pendidikan Syari’ah Islamiah / Pendidikan Moral / Usul Al-Din / Al-Syariah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Turath Dirasat Islamiah; 6. Sains; dan 7. Mana-mana dua (2) mata pelajaran elektif. |
| DAN Minimum gred A- bagi semua mata pelajaran lain jika ada. | DAN Minimum gred A- bagi semua mata pelajaran lain jika ada. |
Cara Membuat Permohonan
Permohonan bagi Program Penajaan Nasional 2025 kini dibuka secara dalam talian pada eProfiling Jabatan Perkhidmatan Awam bermula 30 April 2025 (10.00 Pagi) hingga 11 Mei 2025 (5.00 Petang).
Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan Ujian Khas Penajaan Persekutuan (UKPP) melalui Sistem ePermohonan. Calon yang tidak menduduki ujian ini adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.
Calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. SAC diadakan bertujuan bagi menyediakan profil interpersonal pelajar dan menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.
Tarikh-Tarikh Penting
Berikut adalah tarikh-tarikh penting mengenai permohonan bagi Program Penajaan Nasional 2025, iaitu:
| Aktiviti | Tarikh / Hari / Masa |
|---|---|
| Permohonan Dibuka | 30 April 2025 (Rabu) | 10.00 Pagi |
| Permohonan Ditutup | 11 Mei 2025 (Ahad) | 5.00 Petang |
| Pengisian UKPP | 30 April 2025 (Rabu) | 10.00 Pagi – 11 Mei 2025 (Ahad) | 5.00 Petang |
| Semakan Panggilan SAC | 2 Jun 2025 (Isnin) | 9.00 Pagi – 5 Jun 2025 (Khamis) | 4.00 Petang |
| Tempoh SAC | 10 Jun 2025 (Selasa) – 12 Jun 2025 (Khamis) |
| Jangkaan Keputusan | Minggu Kedua Julai 2025 |
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan bagi Program Penajaan Nasional ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 – 8885 3297 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang atau e-melkan kepada [email protected] (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!



