Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Penajaan Pengajian Tertiari TESP Bagi Tahun 2024

Berikut kami kongsikan dengan lebih lanjut mengenai permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari TESP bagi tahun 2024.

Isi Kandungan

Mengenai Program Penajaan Pengajian Tertiari TESP 2024

Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini menawarkan permohonan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama bagi pengajian secara sepenuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) terpilih di dalam negara mengikut bidang tertentu.

Program ini dibuka khusus kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan kelayakan akademik tertentu di IPT yang terpilih sahaja.

MARA menawarkan pinjaman pelajaran kepada pelajar lepasan asasi / STPM / STAM dan Diploma yang ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam kursus dan di IPT tempatan terpilih sahaja. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama juga boleh memohon.

Program Penajaan Pengajian Tertiari TESP Bagi Tahun 2024 1
Program Penajaan Pengajian Tertiari

Bidang & Subjek Bidang Terpilih

Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti mana senarai mengikut Universiti yang tertera dalam garis panduan sahaja.

Garis Panduan Permohonan terdapat DISINI.

Program Penajaan Pengajian Tertiari TESP Bagi Tahun 2024 2
Program Penajaan Pengajian Tertiari

Syarat Kelayakan Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari 2024

Sebelum membuat permohonan, pemohon mestilah memenuhi semua syarat-syarat kelayakan di bawah.

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera.
  3. Had umur pemohon pada 31 Disember 2024 adalah minimum 17 tahun dan tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.
  4. Ibu dan bapa / penjaga serta pelajar tidak disenarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang- Undang MARA.
  5. Tidak pernah menerima pinjaman bagi peringkat pengajian yang sama.
  6. Memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan oleh MARA.
  7. Bagi pemohon yang mempunyai masalah kesihatan, pemohon perlu mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.
  8. Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga. Pengecualian syarat SES bagi pengajian dalam bidang Perubatan dan Pergigian sahaja.
  9. Penjamin adalah warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis (rujuk kelayakan menjadi penjamin di Panduan Permohonan). Panduan Permohonan terdapat DISINI.

Syarat-syarat akademik adalah seperti berikut:

Pelajar Baharu– Mendapat CGPA > 3.00 di peringkat Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM / STAM serta Setaraf.
– Telah mendapat tawaran dan mendaftar di IPT bermula Januari 2024.
Pelajar Sedia Ada– Mendapat CGPA > 3.00 bagi semester terdahulu.
– Mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang daripada satu (1) tahun.
Lain-Lain Syarat– Lulus dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.
– Kelayakan Akademik bagi program Perubatan, Pergigian dan Farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional.
Program Penajaan Pengajian Tertiari

Cara Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari 2024

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi MARA bermula 20 Mac 2024 sehingga 1 April 2024.

Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan syarat akademik yang telah ditetapkan sebelum membuat permohonan.

Sekiranya pemohon didapati memberikan maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa sahaja menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.

Permohonan dibuka secara dalam talian (online) pada tarikh yang telah ditetapkan melalui pautan berikut:

>>>Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari 2024<<<

Bahagian Penganjuran Pelajaran, Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur

Pemohon hendaklah memastikan maklumat lengkap telah diisi dan calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan serta perlu mencetak dan menghantar dokumen yang berkaitan kepada MARA.

Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai program Program Penajaan Pengajian Tertiari ini atau masalah teknikal boleh dibuat dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 4.30 petang melalui e-mel ke alamat-alamat berikut:

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More