Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Menyertai Program PERMATA Negara Sesi 2026

Permohonan untuk menyertai Program PERMATA Negara di Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) bagi sesi 2026 kini dibuka.

Isi Kandungan

Apa Itu Program PERMATA Negara?

Program PERMATA Negara ialah sebuah inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk memberikan asuhan dan pendidikan awal yang berkualiti kepada kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah, dengan keutamaan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40).

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membentuk personaliti kanak-kanak yang seimbang, yakin diri dan bijak bergaul serta mengelakkan mereka daripada terjebak dalam gejala sosial. 

Program ini bermula sebagai projek perintis pada tahun 2007 yang digerakkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor bersama kumpulan profesional dari pelbagai bidang dan kemudiannya diperluaskan ke seluruh negara setelah keberkesanannya terbukti.

Kurikulum PAPN disesuaikan dengan keperluan kanak-kanak Malaysia, berdasarkan konsep ‘learning is fun through play’.

Sebanyak 89 buah PAPN telah dibina di seluruh negara meliputi kawasan pinggir bandar dan luar bandar.

Program ini adalah percuma bagi keluarga yang layak.

Terdapat sebanyak tujuh inisiatif dilaksanakan di bawah Program PERMATA, iaitu:

  1. PERMATA Negara.
  2. PERMATA Kurnia.
  3. PERMATA STEM Talent.
  4. PERMATA Seni.
  5. PERMATA Remaja.
  6. PERMATA @Pintar Negara.
  7. PERMATA Insan.

Program-program PERMATA ini merupakan pelengkap kepada sistem pendidikan kebangsaan dan merupakan kesinambungan pendidikan kanak-kanak sejak lahir hingga dewasa seterusnya memastikan bahawa tidak ada kanak-kanak yang tertinggal dalam mencapai kecemerlangan. 

Permohonan Menyertai Program PERMATA Negara Sesi 2026 1

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat-syarat kelayakan untuk membuat Permohonan Program PERMATA Negara bagi Sesi 2026 adalah seperti ketetapan berikut:

  • Anak pemohon mestilah berumur di antara 1 hingga 4 tahun untuk memasuki program PERMATA Negara.
  • Gaji suami isteri hendaklah RM 2500 bagi kawasan bandar dan RM 1500 bagi kawasan luar bandar.
  • Suami isteri serta anak mestilah merupakan warganegara Malaysia.
  • Jarak Pusat Anak PERMATA Negara tidak melebihi 10 km dari kawasan rumah atau tempat kerja.
  • Anak mestilah berada dalam keadaan sihat tubuh badan.
  • Satu anak sahaja untuk setiap keluarga yang layak untuk dimasukkan kecuali anak kembar.
  • Sekiranya pemohon menghantar 2 permohonan, keutamaan akan diberikan kepada anak yang lebih kecil.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Program PERMATA Negara bagi Sesi 2026 boleh dibuat bermula 1 Julai 2025 sehingga 30 September 2025 dengan ibu bapa / penjaga yang berminat boleh mengisi borang permohonan mengikut negeri yang boleh didapati pada pautan berikut:

>>>Permohonan Program PERMATA Negara Sesi 2026<<<

Ibu bapa / penjaga boleh memilih lokasi PAPN yang berhampiran dengan kediaman mereka.

Dokumen yang diperlukan bersama-sama permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Sijil Kelahiran Anak.
  2. Salinan Rekod Imunisasi Anak.
  3. Salinan slip gaji / penyata gaji terkini ibu bapa / penjaga yang disahkan oleh majikan atau surat perakuan pendapatan bekerja sendiri / tidak bekerja ibu bapa / penjaga yang disahkan oleh Ketua Kampung / Penghulu / Penggawa / Pengerusi  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) / Ahli Dewan Undangan Negeri / Ahli Parlimen / Pesuruhjaya Sumpah.

Keputusan permohonan boleh disemak mulai 1 Disember 2025.

Pemilihan anak PERMATA Negara adalah tertakluk kepada keputusan Bahagian PERMATA. Keputusan pemilihan anak PERMATA Negara adalah MUKTAMAD. 

Keistimewaan Program PERMATA Negara

Antara keistimewaan program ini adalah:

  1. Merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh.
  2. Menggunakan kurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan yang lengkap dan pendidikan awal yang holistik.
  3. Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain.
  4. Menekankan konsep 3E iaitu Exploring (meneroka), Experimenting (mengeksperimen) dan Experiencing (mengalami).
  5. Menekankan kolaborasi di antara ibu bapa, pendidik dan anak melalui penglibatan ibu bapa di PAPN. Ibu bapa digalakkan terlibat aktif dalam proses pembelajaran anak, dan program ini turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi serta komuniti setempat untuk memastikan perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
Permohonan Menyertai Program PERMATA Negara Sesi 2026 2

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai pendaftaran kemasukan atau Permohonan Program PERMATA Negara bagi Sesi 2026 ini, sila hubungi Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03 – 8880 5151. 

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More