Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Program Pinjaman Tabung Usahawan 2023

Program Pinjaman Tabung Usahawan merupakan pinjaman tanpa faedah yang diberikan kepada usahawan yang berpotensi dan berdaya saing bagi mengembangkan perniagaan.

Program ini disasarkan kepada usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) dan usahawan muda daripada golongan B40 untuk mengembangkan perniagaan dan ia adalah pinjaman jangka pendek.

Program Pinjaman Tabung Usahawan ini adalah daripada pihak Yayasan Perak. Justeru, bagi usahawan – usahawan di Negeri Perak yang berminat, permohonan boleh dibuat segera secara atas talian.

Isi Kandungan

Objektif Program Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak

Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk:

  • Membangunkan masyarakat melalui Program Pinjaman Tabung Usahawan untuk meningkatkan pendapatan yang lestari dalam memangkin ekonomi pembangunan Negeri Perak.
  • Melahirkan usahawan IKS dan usahawan muda yang berkualiti dan beriltizam melalui bimbingan serta latihan pembangunan kapasiti yang sistematik dan efektif.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang mendahulukan pelanggan, proaktif dan pantas dalam mengatasi pemasalahan pelanggan / rakyat.
  • Memperkasa pengkalan data maklumat kemiskinan yang komprehensif.

Jumlah & Tempoh Pinjaman

Jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah dari RM5,000 sehingga RM20,000 (bergantung kepada kemampuan) dan tempoh pinjaman pula adalah sehingga 5 tahun (bergantung kepada jumlah pinjaman).

Program Pinjaman Tabung Usahawan

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat permohonan untuk Program Pinjaman Tabung Usahawan ini adalah seperti berikut:

  1. Berumur antara 18 hingga 59 tahun serta menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.
  2. Pemohon dan pasangan merupakan Warganegara Malaysia.
  3. Pemohon bukanlah kakitangan kerajaan / badan berkanun / syarikat GLC / Berhad.
  4. Menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.
  5. Menjalankan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad.
  6. Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang – undang.
  7. Perniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.
  8. Rekod daftar perniagaan SSM perlu 6 bulan ke atas.

Cara Memohon Program Pinjaman Tabung Usahawan

Permohonan untuk Program Pinjaman Tabung Usahawan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  • Layari laman web Sistem Bantuan Negeri Perak dengan klik pautan berikut

>>>Program Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak<<<

  • Klik “Daftar Sekarang.”
  • Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “Daftar.”
  • Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  • Lengkapkan permohonan dan isi semua maklumat yang diperlukan.
  • Muat naik semua dokumen yang diperlukan. Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:
    1. Borang / Surat Permohonan (wajib).
    2. Salinan Kad Pengenalan (pemohon dan tanggungan) yang disahkan.
    3. Salinan Surat Perjanjian / Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah & sebagainya yang disahkan.
    4. Salinan Daftar Niaga (SSM) / Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang disahkan.
    5. Pelan lokasi perniagaan yang disahkan.
    6. Salinan Penyata bank bagi 3 bulan yang terkini yang disahkan.
    7. Dokumen Tambahan Penjamin (Semak Lampiran Butiran Penjamin) Kad Pengenalan – 3 keping / Slip Gaji 3 Bulan Terkini yang disahkan.
    8. Senarai sebutharga barangan yang hendak dibeli dari pembekal yang sah.
    9. Pengesahan pendapatan pemohon dari Ketua Kampung / Penghulu.
    10. Salinan kad suntikan (bagi perniagaan makanan) yang disahkan.
  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Jenis Perniagaan Tidak Layak Memohon

Jenis perniagaan yang tidak layak untuk memohon Program Pinjaman Tabung Usahawan ini adalah seperti berikut:

  • Urusniaga melalui ternakan, pertanian dan perikanan (usahawan baru) – bergantung kepada keputusan panel.
  • Urusniaga yang melibatkan pelaburan / Piramid / Skim Cepat Kaya / Perjudian.
  • Perniagaan barangan lusuh / kitar semula (mengikut pasaran semasa).
  • Pembelian dan penyelenggaraan kenderaan untuk perniagaan atau peribadi (perniagaan bermusim).
  • Perniagaan secara orang tengah atau agen perantara seperti agen insurans, agen Unit Amanah, agen Komisen Am termasuk Broker (tanah atau hartanah) dan yang seumpamanya.
  • Kontraktor Pembangunan.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Program Pinjaman Tabung Usahawan ini, sila layari laman web Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak atau hubungi 05 – 255 2929 atau 05 – 246 0998.

Diharapkan Program Pinjaman Tabung Usahawan ini dapat memberikan manfaat kepada semua rakyat Malaysia yang memerlukan.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More