Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Rumah Mesra Rakyat 2025: Bantuan Subsidi SPNB Siri 19/2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Program Rumah Mesra Rakyat 2025 oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi membantu rakyat yang memerlukan.

Isi Kandungan

Permohonan Program Rumah Mesra Rakyat 2025

Bantuan subsidi pembelian rumah di bawah Belanjawan 2025 oleh SPNB bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah sehingga RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah bertujuan untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Maklumat lanjut mengenai Program Rumah Mesra Rakyat 2025 ini adalah seperti ketetapan berikut:

Konsep BinaanRumah 1 Tingkat, 3 Bilik, 2 Bilik Air
Keluasan Rumah750 kps
Keluasan Tanah3,000 kps (Tertakluk Kepada Rekabentuk)
Bayaran BulananRM 300
Subsidi PembinaanRM 20,000
Harga– Semenanjung Malaysia: RM 75,000
– Pulau Di Semenanjung Malaysia: RM 85,000
– Sabah, Sarawak Dan Labuan: Bermula RM 75,000
Program Rumah Mesra Rakyat 2025: Bantuan Subsidi SPNB Siri 19/2025 1

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat-syarat kelayakan untuk membuat permohonan Program Rumah Mesra Rakyat 2025 ini adalah seperti ketetapan berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah di antara RM 750 hingga RM 5,000.
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
  5. Tanah / tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan / sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
  7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan. Tempoh bayaran bulanan (16 tahun hingga 25 tahun).

Keperluan penama kedua berumur 18-41 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia.

Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.

Cara Membuat Permohonan

Pemohonan Program Rumah Mesra Rakyat 2025 ini boleh dibuat secara online atau manual.

Bagi membuat permohonan online, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari Laman Web Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) untuk membuat permohonan.
  2. Klik Pendaftaran Baru – Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap.
  3. Penerimaan Login ID dan kata laluan – Kata laluan akan dihantar kepada pemohon.
  4. Log Masuk ke Laman Utama – Gunakan Login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR.
  5. Melengkapkan Borang Online – Isi maklumat ke dalam sistem.
  6. Selesai Mengisi Borang Online – Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang.
  7. Majukan Borang Dan Dokumen Kepada SPNB – Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan.

Borang permohonan manual boleh didapati di Cawangan SPNB dan dimajukan kembali kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Pasangan (Jika Berkaitan).
  2. Salinan Kad Pengenalan Tuan Punya Tanah.
  3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon Kedua (Jika Berkaitan).
  4. Salinan Geran Hakmilik Tanah Terbaru.
  5. Sijil Carian Rasmi yang terbaru dari Pejabat Tanah.
  6. Salinan Slip Gaji (3 Bulan Terkini) / Surat Akuan Sumpah Pendapatan / Surat Pengesahan Pendapatan Bagi Pemohon / Pemohon Kedua.
  7. Surat Akuan Sumpah / Surat Pengesahan Tidak Memiliki Rumah Atau Memiliki Rumah Usang.
  8. Surat Akuan Kebenaran Pelepasan Tuan Punya Tanah.
  9. Salinan Sijil Nikah Pemohon.
  10. Borang Laporan Tapak Bergambar.

Surat Pengesahan Pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.

SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.

Sila rujuk Manual Lengkap Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) untuk membuat permohonan Program Rumah Mesra Rakyat 2025 ini.

Semakan Status Kelulusan

Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan. Manakala, kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Program Rumah Mesra Rakyat 2025 ini, anda boleh terus hubungi talian 03 – 7849 2000.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More