Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Terkini Pelbagai Program Subsidi MITRA Bagi 2023

Program Subsidi MITRA akan membantu ramai rakyat Malaysia yang layak dan memerlukan. Subsidi-subsidi yang diperkenalkan oleh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan diberikan dalam masa terdekat.

Antara Program Subsidi MITRA bagi tahun 2023 adalah bantuan pengajian Ijazah Sarjana Muda bagi pelajar India B40 di Universiti Awam (UA), program subsidi pendidikan awal tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), program latihan untuk belia masyarakat India, dan bantuan komputer riba untuk makmal komputer sekolah.

Isi Kandungan

Program Subsidi MITRA Bantuan Pengajian IPT

MITRA dan JPM menyasarkan 10,000 pelajar dalam pengajian tahun kedua, ketiga atau tahun akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda akan menerima subsidi bayaran yuran semester secara sekali bayar sebanyak RM2,000.

Permohonan Subsidi Yuran IPT tersebut telah dibuka dan tarikh tutup permohonan untuk latihan tersebut adalah pada 15 September 2023.

Setakat ini MITRA menerima 5,000 permohonan dan jumlah itu dijangka akan meningkat. Subsidi bayaran itu akan mula disalurkan kepada mahasiswa secara berfasa mulai bulan Ogos 2023.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas MITRA, Datuk Ramanan Ramakrishnan, berkata subsidi bayaran yuran tersebut itu juga akan dibuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

“Permohonan secara ‘siapa-cepat-dia-dapat’ mengikut kelayakan yang ditetapkan. Bantuan subsidi ini dapat mengurangkan beban kewangan pelajar dan ibu bapa, khususnya dalam memastikan pengajian tinggi tidak terganggu disebabkan masalah kewangan,” katanya.

Program Subsidi MITRA

Program Subsidi MITRA Pendidikan Awal Tadika

Selain program subsidi peringkat pengajian tinggi, Ramanan berkata, MITRA turut menjalankan Program Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

“MITRA menandatangani dokumen perjanjian dengan kumpulan pertama seramai 42 pengurus tadika dengan bilangan seramai 1,035 kanak-kanak pada 14 Julai lalu melibatkan dana RM2.4 juta. Perjanjian untuk kumpulan kedua melibatkan 71 tadika dengan 2,123 kanak-kanak dengan jumlah penyaluran RM5.0 juta 200.00 telah ditandatangani pada 27 Julai lalu,” jelasnya.

Tambah beliau, subsidi ini juga akan mula disalurkan pada bulan Ogos secara bayaran terus kepada pengusaha-pengusaha tadika.

Program Latihan Untuk Belia Masyarakat India

Ramanan berkata, dalam usaha MITRA meningkatkan program latihan untuk belia masyarakat India, satu Program kerjasama antara Mitra dengan Weststar Aviation Services Sdn Bhd telah dipersetujui.

Pogram Licensed Aircraft Maintenance Technicians- LAMT (CAAM Part 66 Category A1/A3) akan memanfaatkan 100 orang belia India untuk dilatih menjadi juruteknik dengan pensijilan dan lesen daripada Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) serta diberikan penempatan kerja apabila tamat latihan nanti.

Permohonan untuk latihan tersebut akan dibuka mulai 26 Julai dan permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) pada Laman Utama Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia dan tempoh permohonan adalah selama sebulan. Tarikh tutup permohonan untuk latihan tersebut adalah pada 30 Ogos 2023.

Selain itu, Ramanan berkata MITRA turut menyediakan Program Teknikal Drone Operations & Data Services (DRONE) dan Electrified Automation Advancement Programme (EAAP) dengan kerjasama SG Education Group.

“Seramai 150 orang belia India akan menyertai program Teknikal Drone Operations & Data Services (DRONE) dan diberi pensijilan RCOC-B daripada Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) manakala 250 orang belia India B40 akan meyertai Program Electrified Automation Advancement Program (EAAP) dan diberi pensijilan daripada Institute of the Motor Industry (IMI) Tahap 2, UK, Siemens dan City & Guilds (Tahap 2),” katanya.

Beliau berkata program latihan dan pensijilan ini juga dilengkapi dengan penempatan kerja dan permohonan untuk latihan tersebut telah dibuka mulai 26 Julai.

Permohonan juga bole dibuat secara atas talian (online) pada Laman Utama Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia dan tempoh permohonan juga adalah selama sebulan, tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Ogos 2023.

Program Subsidi MITRA Bantuan Komputer Riba

Bagi memastikan pelajar sekolah tidak tercicir, Ramanan berkata, MITRA menyediakan bantuan 6000 komputer riba untuk makmal komputer Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dengan kerjasama Google Malaysia mensasarkan 527 sekolah SJKT.

“Program bantuan komputer riba ini dijangka mula dilaksanakan mulai bulan Ogos 2023,” katanya.

Program Subsidi MITRA

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Program Subsidi MITRA ini, boleh dirujuk pada Laman Utama Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia dan nantikan perkongsian lanjut berkenaan Program Subsidi MITRA ini dalam masa terdekat daripada pihak Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Diharapkan semua Program Subsidi MITRA ini nanti dapat memberikan manfaat kepada semua rakyat Malaysia yang memerlukan.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More