Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Proton Memperkenalkan Proton S70 Terbaharu

Proton S70 telah diperkenalkan oleh PROTON di Tanjong Malim di suatu upacara yang telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Dato’ Hairil Yahri Yaacob.

Diberi nama Proton S70 serta tagline “Intelligence that Evolves”, sedan baharu ini dilengkapi teknologi keselamatan terkini, enjin turbo 1.5L dan tramisi 7-kelajuan DCT.

Ia juga bakal membantu PROTON kembali ke pasaran sedan keluarga dengan kerjasama Geely, dan pra-tinjauan pelanggan bermula pada 11 November 2023.

Berikut dikongsikan info terkini tentang Proton S70 untuk makluman bersama.

Isi Kandungan

Tarikh Pelancaran Proton S70 Di Malaysia

Proton S70 boleh dilihat dengan lebih dekat di beberapa lokasi utama di Malaysia bermula 11 November 2023.

Menurut sumber, terdapat 3 model yang akan dibuka untuk booking iaitu

  1. Premium.
  2. Flagship.
  3. Flagship X.

Semasa pelancaran model Proton Saga facelift pada tahun 2019 lalu, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Li Chunrong telah berkongsi gambar grafik menunjukkan perancangan Proton untuk mengeluarkan sebuah model baru setiap tahun sehingga 2023 nanti.

Setelah pelancaran Proton X70 pada tahun 2019 dan Proton X50 pada tahun 2020, dijangkakan pada tahun 2023 PROTON akan melancarkan model sedan baharu yang dikenali sebagai Proton S70 bagi menggantikan Proton Waja atau Proton Preve.

Gambar-gambar yang kembali viral di media sosial sejak beberapa hari ini dikhabarkan diilhamkan oleh seorang pakar manipulasi grafik, Theophilus Chin yang telah memanipulasi rekaan model Proton S70 tersebut.

Menurut sumber, rekaan asal kereta ini menggunakan model kereta Geely Emgrand dan telah direka semula dengan memasukkan DNA PROTON ke dalam kereta sedan ini yang berada di antara segmen B dan C.

Ini menguatkan lagi dakwaan di mana, sebuah kereta camouflage yang sedang diuji dilihat oleh orang awam menggunakan model Geely Emgrand.

Pada 1 November 2023, segalanya terjawab setelah model tersebut diperkenalkan kepada umum buat pertama kalinya.

Proton S70

Gambaran Exterior & Interior Proton S70

Rata-rata, ramai netizen meninggalkan komen positif dan tanda LIKE pada visual yang dikongsikan pada gambaran exterior dan interior Proton S70 tersebut.

  • Pada bahagian gril hadapan beliau telah menggantikan vertical slats dengan rekaan Infinite Weave yang telah menjadi ‘trademark’ sejak model Proton X70 lagi.
  • Manakala pada bahagian bumper hadapan pula, Theo masih mengekal rekaan yang sama pada Geely Emgrand.
  • Rekaan dalaman Proton S70 yang lengkap dengan paparan skrin infotainmen, digital instrumen kluster pada dashboard dan stereng lengkap dengan butang pelbagai fungsi.
  • Ruangan dalam kabin nampak lebih premium dan eksklusif dengan pengunaan tekstur kulit pada beberapa bahagian dalam kereta, sesuai dengan permintaan terkini di pasaran Malaysia.

Harga & Tempahan Proton S70

Tentunya peminat PROTON menjangkakan harga sedan ini lebih murah dan mampu milik untuk rakyat Malaysia berbanding model yang seangkatan dengannya.

Walaubagaimanapun, kita tunggu kenyataan rasmi dari PROTON untuk mengetahui harga sebenar setelah ia dilancarkan secara rasmi nanti.

Tak mustahil kereta sedan ini akan menjadi rebutan ramai, kan?

  • Tempahan kini sudah dibuka di semua cawangan PROTON, dengan yuran RM500 sahaja.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Proton S70 ini, anda boleh layari Laman Rasmi PROTON dan dapatkan update terkini di Facebook Rasmi Proton Cars.

Diharapkan perkongsian info tentang keluaran model terbaharu daripada PROTON iaitu Proton S70 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More