Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Putrajaya, Kuala Lumpur Dan Selangor adakah dikira Sebagai Negeri atau Daerah

MASIH ramai  lagi berada di dalam tanda tanya, sama ada Putrajaya, Kuala Lumpur Dan Selangor adakah dikira Sebagai Negeri atau Daerah yang termasuk dalam larangan perjalanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)?

Malaysia Government Call Centre (MyGCC) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dikategorikan sebagai Lembah Klang.

Isi Kandungan

Pergerakan di tiga negeri ini adalah dikira sebagai rentas daerah bukannya rentas negeri semasa PKPB.

Contoh Situasi : Anda tinggal di Banting, ingin ke Putrajaya atas urusan kerja. Anda boleh bergerak ke Putrajaya tanpa perlu memohon kebenaran dari pihak Polis. Pergerakan daerah ke daerah dibenarkan. 
Ini bermakna penduduk yang tinggal di tiga negeri tersebut boleh melakukan pergerakan rentas daerah tanpa perlu memaklumkan kepada pihak polis sepanjang musim PKPB ini.

 

Walaubagaimanapun, makluman berikut haruslah di baca dan di fahami dengan teliti. 

Pergerakan Daerah ke Daerah dibenarkan bagi tujuan seperti berikut :

  1. Kerja
  2. Membeli keperluan harian
  3. Urusan Kesihatan (Temujanji Hospital/Klinik)
  4. Kematian
  5. Dan urusan lain yang munasabah yang dibenarkan oleh pihak Polis.
Anda juga tidak perlu ke balai polis untuk mendapatkan kebenaran. Tiada had masa bagi pergerakan rentas daerah. SOP bagi kebenaran penumpang dalam satu kereta adalah 4 orang sahaja (1 pemandu dan 3 penumpang). Jika keluarga anda lebih dari 4 orang ianya tertakluk kepada budi bicara pihak polis.

 

Dimaklumkan juga. Hanya KELUARGA sahaja dibenarkan menaiki kenderaan. Jiran atau kawan dan lain-lain tidak dibenarkan untuk menumpang.

Aktiviti Ziarah-Menziarahi untuk Perayaan Hari Raya Aidilfitri

Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba ini, sudah semestinya kita semua tidak melepaskan peluang untuk menziarahi ibubapa atau keluarga yang berada di daerah yang lain.

Sekiranya anda ingin pergi ziarah hari raya di daerah lain.  Anda boleh ziarah pada hari raya pertama sahaja.   Kerajaan tidak mengumumkan boleh pulang ke kampung sebelum raya.

Walaubagaimanapun, aktiviti ziarah Aidifitri antara daerah dengan daerah adalah tidak digalakkan sama sekali kerana ia membabitkan jarak jauh.

Ziarah yang terbaik adalah dalam satu taman perumahan kerana kita pasti mengetahui status jangkitan Covid-19 di kawasan taman terbabit dan mudah untuk mengawal kunjungan tetamu supaya tidak terlalu ramai. 

Berikut adalah maklumat yang harus dipatuhi :-

  1. Dihadkan pada hari raya pertama sahaja
  2.  erhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja
  3. Tidak boleh melebihi 20 orang untuk satu hari tersebut. Mengikut kepada keluasan rumah.
  4. Sediakan pensanitasi tangan (hand sanitizer), pakai pelitup muka (mask) dan penjarakan sosial.

Info Boleh Berubah dari Semasa ke Semasa

Walaupun kebenaran merentas daerah ini dibenarkan  dan sudah semestinya mereka yang berasal dari kawasan Lembah Klang, masing-masing tidak melepaskan peluang untuk pulang beraya. 

Kita seharusnya perlu menerima hakikat bahawa sambutan Aidilfitri pada tahun ini tidak semeriah sebelum ini kerana kita sedang berdepan dengan wabak pendamik yang masih lagi belum selesai. 

Adalah lebih baik anda semua berada di rumah sahaja #stayathome.  Ini mungkin boleh mengurangkan risiko jangkitan kepada golongan yang berisiko tinggi iaitu ibubapa atau anak-anak kita. 

Dinasihatkan supaya anda semua perlu sentiasa mematuhi peraturan dan langkah pencegahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan penularan jangkitan wabak Covid-19 tidak berlaku.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More