Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tempoh Permohonan Rayuan STR 2023

Rayuan STR 2023 akan dibuka tidak lama lagi bagi membantu mereka yang tercicir atau tidak lulus permohonan pada pembayaran Fasa 1, Fasa 2 atau Fasa 3 STR 2023.

Untuk makluman, pembayaran STR bagi Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun selesai dikreditkan pada bulan Januari dan April lalu.

Makanya, ketika ini telah tiba masanya untuk pembayaran STR Fasa 3 kepada mereka yang layak merangkumi penerima isi rumah, warga emas dan bujang.

Kadar pembayaran bagi Fasa 3 pula antara RM150 dan RM800 (maksimum) mengikut ketegori serta pendapatan penerima.

Pembayaran bagi Fasa 3 telah mula dikreditkan pada 26 Jun 2023 lalu secara beperingkat ke akaun bank penerima.

Penerima bayaran STR Fasa 3 merujuk kepada penerima yang telah membuat permohonan baharu atau kemaskini permohonan pada 1 Mac sehingga 31 Mac 2023 dan telah disemak oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Semakan status kelulusan STR Fasa 3 boleh dibuat melalui Portal Rasmi STR mulai 26 Jun 2023.

Akan tetapi, nampaknya ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tidak diluluskan permohonan mereka sama ada bagi pembayaran Fasa 1, Fasa 2 atau Fasa 3.

Prihatin dengan perkara tersebut, pihak Kerajaan akan membuka Rayuan STR selama sebulan bermula pada 3 Julai sehingga 31 Julai 2023.

Rayuan STR 2023

Isi Kandungan

Syarat Kelayakan Rayuan STR 2023

Penerima STR Fasa 1 & Fasa 2 yang tidak menerima bayaran STR Fasa 3.

  1. Tidak lulus permohonan STR 2023.
  2. Perubahan status daripada kahwin kepada cerai atau kematian pasangan.
  3. Lulus kategori isi rumah (tiada anak) berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000.

Cara Membuat Rayuan STR 2023

  • Kaedah Rayuan STR 2023 boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi STR atau mengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.
  • Tempoh permohonan Rayuan STR 2023 boleh dibuat bermula 3 Julai 2023 sehingga 31 Julai 2023.
  • Untuk makluman juga, pembayaran STR bagi Fasa 4 dijangka akan diagihkan pada bulan November 2023.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Rayuan STR 2023, sila rujuk:

Jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More