Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Remaja Palestin maut ditembak tentera Israel di Tebing Barat

RAMALLAH – Seorang remaja Palestin maut ditembak dan puluhan yang lain cedera ketika penunjuk perasaan bertempur dengan tentera Israel di Tebing Barat pada Jumaat, lapor Agensi Berita Xinhua.

Remaja Palestin maut ditembak tentera Israel di Tebing Barat

Menurut kenyataan Kementerian Palestin, remaja itu maut akibat ditembak di dada dalam kejadian di kampung Beita, di Nablus.

Saksi kejadian berkata, pertempuran tercetus di beberapa kawasan di Tebing Barat, puluhan cedera akibat gas pemedih mata dan ditembak dengan peluru getah.

Sejak enam minggu kebelakangan ini, 30 rakyat Palestin terbunuh manakala ratusan cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel di beberapa bandar dan kampung di Tebing Barat, kata kementerian itu.

Sehubungan dengan itu, video dibawah menunjukkan Muhammad Sha’ban, berumur 8 tahun, telah kehilangan kedua matanya apabila dibedil peluru berpandu pesawat Israel semasa dalam perjalanan pulang dari membeli baju raya bersama ibunya.

Sumber Sinar Harian

Artikel lain : Palestin sambut baik keputusan UNHRC siasat pencabulan Israel

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More