Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Puding Roti Tembikai

Sempena puasa pertama ni, apa kata anda semua mencuba resepi Puding Roti Tembikai ni. Wah, cuaca panas-panas begini sesuai sangat lah kena ditekak bila waktu berbuka nanti.  Boleh sejukkan dulu selepas dibuat. Pasti anak-anak dirumah suka dengan Puding Roti Tembikai ini. Bahan-bahannya pun mudah saja.

Disebabkan bazaar Ramadhan pun ditiadakan, sekali-sekala kita pelbagaikan makanan dirumah sendiri tentu lebih baik kan. Ibu-ibu sediakan sendiri.

Puding Roti Tembikai
Bahan

1 paket agar-agar serbuk (clear) 10g
3 keping roti gardenia
4 cawan air kosong
5 sudu besar gula
5 sudu besar susu pekat manis
1 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu kecil bijan hitam

Cara masak Puding Roti Tembikai :

  1.  Carik-carikkan roti gardenia dan rendam dalam susu cair hingga lembut (anggaran 30minit). Kisar halus roti yang direndam tadi bersama susu cair dan susu pekat (menggunakan blender) Ketepikan.
  2. Masak agar-agar bersama gula dan air hingga mendidih.
  3. Masukkan roti yang dikisar tadi kedalam agar-agar. Tambahkan mentega dan esen vanila. Kacau dalam api perlahan hingga pekat.
  4. Ambil sedikit adunan agar-agar dan warnakan merah dan kuning. masukkan kedalam acuan.
  5. Baki agar-agar pula hendaklah dibiarkan dalam api perlahan untuk mengelakkan ianya beku dan keras.
  6. Ambil sedikit agar-agar dalam warna asal (putih) dan curahkan ke atas agar-agar merah dan kuning tadi. Biarkan beku.
  7. Bahagian agar-agar yang tinggal diwarnakan hijau. Curahkan ke atas bahagian putih tadi.
  8. Biarkan sejuk dan beku baru disimpan ke dalam peti sejuk.
  9. Keluarkan puding dari acuan.. ambl bijan hitam dan tabur diatas puding (seperti biji tembikai)
  10. Sedia dihidang.

sumber : FB Aznie Khasri

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More