Sumber Rujukan Globalisasi Anda

RM500 Akan Diberikan Kepada Peniaga Bazar Ramadan Selangor

Kerajaan Negeri Selangor menyalurkan bantuan RM500 kepada peniaga bazar Ramadan yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bantuan ini adalah ekoran pengumuman penutupan peniaga bazar Ramadan yang tidak dapat lagi beroperasi sepanjang PKP mulai 8 Mei 2021.

bantuan rm500 peniaga bazar ramadan selangor

Isi Kandungan

Penutupan Bazar Ramadan Selangor

Rasional Bazar Ramadan diarah tutup dan Bazar Raya dibuka adalah kerana Bazar Ramadan telah dibenar beroperasi selama 25 hari manakala Bazar Raya Aidilfitri baru sahaja beroperasi.

Tambahan, ramai baru terima gaji untuk beli kelengkapan menyambut Aidilfitri.

Namun Kerajaan Negeri telah memperketatkan SOP di Bazar Raya di mana kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk, sistem nombor giliran digunapakai dan had kemasukan ditetapkan.

Perlu diingat bahawa hanya Bazar Ramadan di enam daerah PKP sahaja ditutup, di tiga daerah lain boleh beroperasi seperti biasa.

Enam daripada sembilan daerah di Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 6 hingga 17 Mei.

Daerah tersebut ialah:

  1. Petaling,
  2. Gombak,
  3. Hulu Langat,
  4. Kuala Langat,
  5. Klang dan
  6. Sepang.

Cara Permohonan Bantuan RM500 Peniaga Bazar Selangor

Kerajaan Negeri menerusi pihak berkuasa tempatan akan membantu peniaga yang terjejas akibat pelaksanaan PKP mulai 8 Mei 2021.

Jumlah Bantuan Peniaga Bazar Ramadan Selangor

Bantuan yang diperuntukkan berjumlah RM500 one-off untuk semua penjaja bazar Ramadhan yang terjejas di 6 daerah PKP.

Tarikh Bantuan

Menurut Menteri Besar Selangor, bantuan akan diagihkan selepas Aidilfitri.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat dan info terkini berkenaan Bantuan Peniaga Bazar Ramadan Selangor ini, sila rujuk Facebook Menteri Besar Selangor atau laman web https://www.amirudinshari.com/

Artikel lain: Program Jaringan Prihatin B40 dan Cara Pendaftaran

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More