Sumber Rujukan Globalisasi Anda

ROHINGYA MEMOHON MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA

ROHINGYA MOHON MAAF : Dalam saat dunia melawan pandemik Covid-19, adalah wajar bagi kerajaan Malaysia menolak daripada menerima lagi pelarian yang cuba mendapatkan perlindungan di negara ini dengan Malaysia sendiri mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan memasuki fasa keempat.

Pada 16 April lalu pihak berkuasa Malaysia menyekat 200 pelarian kaum ini yang cuba memasuki negara secara haram berhampiran perairan Langkawi menggunakan sebuah bot.

Sehari sebelum itu, pengawal laut Bangladesh dilapor menyelamatkan sebuah bot dengan 382 pelarian yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, selepas lebih dua bulan terdampar.

Terbaru Majlis Ulama R0HINGYA telah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan yang telah dilakukan oleh seorang individu mereka. Pihak mereka telah meneliti setiap tuntutan yang didakwa dibuat individu ROHINGYA tersebut.

Mereka sama sekali tidak menyokong tindakan itu dan menyifatkan tuntutan itu sebagai tidak bertanggungjawab. Disebabkan itu mereka telah membuat satu permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

ROHINGYA MOHON MAAF

ROHINGYA MEMOHON MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA 1

“Kami memohon kemaafan sepenuh hati kepada semua rakyat Malaysia mahupun kerajaan Malaysia atas kesalahan seorang daripada bangsa kaum ini yang tidak pernah dilantik oleh mana-mana persatuan atau masyrakata Rohingya. Hal itu menunjukkan beliau bergerak secara individu atau mempunyai persatuan sendiri,”.

Tuntutan itu tidak pernah dibincangkan bersama pihak mereka dan juga bersama persatuan R0HINGYA yang lain. MUR turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat malaysia kerana telah memberi sokongan kepada bangsa kaum ini di Malaysia. Sumbangan Malaysia kepada kaum ini amat dihargai oleh mereka.

Susulan itu, seorang lagi pemimpin persatuan kaum ini di negara ini memohon maaf kepada kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia susulan tuntutan yang dikemukakan segelintir kelompok puak berkenaan baru-baru ini.

Timbalan Presiden Persatuan Rohingya di Malaysia (RSM) Abdul Ghani Abdul Rahman turut menyatakan masyarakat kaum ini di negara ini akur akan status mereka sebagai pelarian.

Beliau berkata tuntutan hak sama rata dengan rakyat Malaysia itu bukanlah pendirian keseluruhan kaum ini , sebaliknya agenda segelintir individu kaum ini di negara ini.

Abdul Ghani berkata 97,000 anggota masyarakat Rohingya di negara ini yang berdaftar dengan UNHCR sangat sedar dan berasa beruntung apabila Malaysia menerima kehadiran pelarian Rohingya.

“Saya memohon dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan kerajaan Malaysia dan tuntutan itu bukan daripada semua kaum Rohingya, hanya tuntutan satu dua orang kaum ini , lagipun sama ada ia benar atau tidak saya pun tak tahu, ” katanya.

Permohonan maaf oleh RSM itu merujuk kepada beberapa kenyataan yang didakwa dibuat oleh segelintir individu daripada Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik kaum ini Myanmar Malaysia (MERHROM) yang menuntut beberapa perkara daripada kerajaan Malaysia seperti peluang pekerjaan, akses kesihatan dan pendidikan.

Sehingga 30 September 2019, sebanyak 177,943 pendatang asing tanpa izin (PATI) pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) direkodkan di negara ini dari 57 negara dengan jumlah tertinggi adalah dari Myanmar iaitu seramai 153,591 orang, termasuk lebih 100,000 pelarian Rohingya.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More