Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Roti Gardenia Naik Harga Bermula 1 Oktober 2023

Roti Gardenia Naik Harga lagi bermula 1 Oktober dan ini senarai harga baharu produk Gardenia nanti!

Tular di laman sosial, memo baharu telah dikeluarkan oleh pihak Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd berkenaan harga peruncit dan harga pengguna baharu bagi 30 produk di bawah syarikatnya.

Menerusi perkongsian yang tular di media sosial itu, senarai harga baharu bagi beberapa jenis roti Gardenia tersebut mengalami kenaikan harga sebanyak RM0.10 hingga RM0.40 bagi produk terpilih berbanding sebelumnya.

Isi Kandungan

Roti Gardenia Naik Harga

Peningkatan dalam kos pengeluaran dan bahan yang di luar kawalan dijangka menjadi punca syarikat itu terpaksa menyemak semula harga (price revision). Sebelum ini, pihak Gardenia KL juga pernah mengeluarkan notis kenaikan harga pada 1 September 2022.

Ketika itu, pihak Gardenia memaklumkan amat terkesan dengan cabaran ketika pandemik dan berusaha sedaya upaya untuk menyerap kenaikan harga bahan mentah selama ini namun peningkatan ketara baru-baru ini menghadirkan cabaran berbeza.

Antara produk-produk Roti Gardenia Naik Harga meliputi rangkaian terkenal roti krim Gardenia, ban, mufin, Gardenia Twiggies, wafel dan Gardenia NuMee.

Roti Gardenia Naik Harga

Senarai Harga Baharu Produk Gardenia Bermula 1 Oktober 

Berikut antara harga baharu produk Gardenia yang tersenarai dan akan berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2023.

Produk Gardenia

Harga Lama

Harga Baharu

Gardenia Numee

RM1.90

RM2.00

Gardenia Numee Keluarga

RM2.80

RM3.20

Gardenia Fluffy Buns 6pcs Corn Custard

RM4.00

RM4.20

Gardenia Fluffy Buns 6 pcs Malty Chocolate

RM4.00

RM4.20

Gardenia Fluffy Buns 6 pcs Adzuki Red Bean

RM4.00

RM4.20

Gardenia Puazz! Sambal Bilis

RM1.30

RM1.60

Gardenia Puazz! Kari Ayam

RM2.50

RM2.60

Gardenia QuickBites Chocolate, Vanila, Butter Sugar, Corn

RM1.10

RM1.20

Gardenia Quickbites Salted Caramel, Black Forest

RM1.60

RM1.70

Gardenia QuickBites Butter Toffee, Red Bean

RM1.40

RM1.50

Gardenia Double Choc Muffins

RM2.20

RM2.30

Gardenia Twiggies Tiramisu, Peanut Butter Bounce, Dream Cream, Choc-a-lot

RM2.00

RM2.10

Gardenia Squiggles Strawberry, Choco Malto

RM1.50

RM1.60

Gardenia Sandwich Bread Rolls

RM2.90

RM3.00

Gardenia Toast’em Waffles

RM1.50

RM1.60

Gardenia Auntie Rosie Kaya Pandan /
Original

RM3.50

RM3.80

Lampiran notis kenaikan harga baharu bagi produk Gardenia adalah seperti berikut.

Roti Gardenia Naik Harga

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Roti Gardenia Naik Harga ini anda boleh terus hubungi 1800-88-3228 atau jika anda ingin melihat senarai penuh produk Gardenia dan harga terkini, anda boleh ke laman web Gardenia.

Diharapkan info ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More