Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Official Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ini adalah berdasarkan Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertarikh 06 Februari 2020.

Sebelum itu, jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia merangkap pemangku Menteri Pendidikan telah mengadakan sesi pertemuan dengan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Januari 2020.

Isi Kandungan

Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris Menurut Pandangan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad

Dalam ucapan pembukaan. Yang Amat Berhormat Tun telah menyatakan pandangan beliau terhadap kepentingan murid-murid mempelajari mata pelajaran sains & matematik dalam Bahasa Inggeris.

Yang Amat Berhormat Tun berpendirian bahawa pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris adalah amat penting kerana pengetahuan serta bahan rujukan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut banyak diterbitkan dalam Bahasa Inggeris.

Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris – Dual Language Programme

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains & matematik dalam Bahasa Inggeris adalah bukan perkara yang baharu dalam sistem Pendidikan kebangsaan. Walaupun
KPM telah memansuhkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2012, namun Dual Language Programme (DLP) yang diperkenalkan pada tahun 2016 tetap memberi pilihan kepada sekolah untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Sehingga Januari 2020, sebanyak 2,292 buah sekolah seluruh negara telah melaksanakan DLP.

Kajian Pelaksanaan akan Dibuat dalam Masa Terdekat

KPM mengambil baik saranan Yang Amat Berhormat Tun. Kajian pelaksanaan akan dibuat dalam masa terdekat untuk dibawa kepada pertimbangan Jemaah Menteri sebelum melaksanakannya.

Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris  memberikan informasi terkini kepada anda semua. Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More