Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Sains dan Matematik diajar Semula Dalam Bahasa Inggeris

Sains dan Matematik diajar semula dalam bahasa Inggeris ini merupakan berita terkini oleh Rohaniza Idris dan Mohd Iskandar Ibrahim daripada Berita Harian.

Sains dan Matematik diajar semula dalam bahasa Inggeris
Sains dan Matematik diajar semula dalam bahasa Inggeris

Sebelum itu, jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

Isi Kandungan

Sains dan Matematik diajar semula dalam bahasa Inggeris

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bahasa Inggeris akan digunakan semula untuk Pengajaran dan Pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah.

Perdana Menteri berkata, penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan perlu terus digalakkan terutamanya dalam pembelajaran mata pelajaran berkenaan.

Beliau berkata sangat penting untuk kita memberi masa supaya penggunaan bahasa Inggeris digunakan semula, khususnya dalam pembelajaran Sains dan Matematik.

Sains dan Matematik diajar Semula Dalam Bahasa Inggeris 1
Sains dan Matematik diajar semula dalam bahasa Inggeris

Matematik dan Sains bukan bahasa asal kita

“Geografi dan Sejarah boleh diperoleh dalam mana-mana bahasa tetapi Matematik dan Sains bukan bahasa asal kita. Ia berasal dari luar negara,” katanya dalam mesyuarat khas bersama pentadbiran Kementerian Pendidikan di Putrajaya, semalam.

Video ringkas pertemuan itu Dr Mahathir yang memangku jawatan Menteri Pendidikan itu dimuat naik dalam Twitter @chedetofficial hari ini.

Negara dan rakyat mahu lihat pembaharuan

Dr Mahathir yang juga pemangku Menteri Pendidikan, berkata negara dan rakyat mahu melihat pembaharuan dalam sistem pendidikan.

Beliau juga berkata bahawa beliau mempunyai idea untuk pembangunan pendidikan di negara ini dan untuk itu, beliau mahu supaya kita boleh bekerjasama untuk mencapainya.

Selaras dengan tujuan pendidikan

“Sudah tentu, pandangan saya tidak selalu popular atau diterima ramai tetapi saya rasa kita perlu berbuat sesuatu supaya anak-anak kita membesar dan dapat menangani masalah apabila mereka dewasa kelak. Ini selaras dengan tujuan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan ada kalanya timbul masalah perselisihan di antara kaum yang boleh menganggu pembangunan negara.

Sains dan Matematik diajar Semula Dalam Bahasa Inggeris 2
Sains dan Matematik diajar semula dalam bahasa Inggeris

“Kebanyakan pembangunan Malaysia kerana adanya hubungan baik antara kaum di negara ini. Jika tiada persefahaman, sukar pembangunan hendak dilaksana.

“Jika negara tidak stabil, jika kita asyik berperang sesama sendiri, maka kita boleh lupakan saja soal pembangunan,” katanya.

PPSMI

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada 2003 ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat.

Dasar itu menimbulkan bantahan dan dimansuhkan pada 2012 sebelum Kementerian Pendidikan memperkenal dasar Dual Language Program (DLP) pada 2016 yang memberi pilihan kepada sekolah menentukan sendiri jika ingin mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Kelas Dual Language Programme (DLP)

Kelas DLP kini ada di hampir 1,300 sekolah rendah dan menengah membabitkan kira-kira 23,000 pelajar.

“Of course my views are not always popular or acceptable to many people but I feel we have to push certain things so that our children grow up & able to tackle the problems of adult life – that is the purpose of education.” Special Meeting with @KemPendidikan Management Officials pic.twitter.com/AY4twm9gs3

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) January 31, 2020

Pendapat anda?

Sehubungan dengan itu, nyatakan pendapat anda pada ‘poll’ yang telah admin sediakan di bawah:

Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu Sains dan Matematik diajar semula dalam bahasa Inggeris memberikan informasi terkini buat semua. Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More