Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023 adalah penting kerana untuk merai pencapaian yang telah dicapai oleh negara sejak laungan kemerdekaan menggegar Stadium Merdeka pada ketika dahulu.

Sambutan Ambang Merdeka akan diadakan pada malam 30 Ogos dan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia pula akan berlansung pada 31 Ogos setiap tahun.

Sambutan tersebut tentu menjadi tumpuan rakyat Malaysia kerana terdapat pelbagai acara yang akan diadakan untuk memeriahkan suasana di samping menyuntik rasa cintakan negara.

Justeru, ayuh kita ramai-ramai rakyat Malaysia turun dan hadir memeriahkan lagi serta sama-sama merasai Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023.

Isi Kandungan

Sambutan Ambang Merdeka 2023 Peringkat Negeri Seluruh Malaysia

Sambutan Ambang Merdeka bagi tahun 2023 akan diadakan di 9 Negeri pada masa yang sama.

Ketetapan tarikh, masa dan lokasi Sambutan Ambang Merdeka 2023 adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 30 Ogos 2023 (Rabu)
  • Masa: 8.00 – 12.00 Malam
  • Lokasi 9 Negeri adalah:
  1. Dataran Merdeka
  2. Dataran Pehin Setia Raja, Mukah
  3. Dataran Sejarah Ayer Keroh
  4. Dataran Kemerdekaan Shah Alam
  5. Dataran Drawbridge Kuala Terengganu
  6. Dataran IKS, Simpang Renggam, Kluang
  7. Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu
  8. Jalan Persiaran Wawasan & Dataran Kompleks Dun
  9. Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023 akan diadakan pada 31 Ogos 2023 (Khamis), bertempat di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya pada jam 7.00 pagi.

Berikut dilampirkan Pelan Tapak Sambutan untuk memudahkan perancangan serta navigasi anda bersama keluarga pada hari berkenaan.

Sila semak lokasi tempat duduk awam, tempat letak kereta dan tapak penjaja makanan serta food truck.

Datang awal, bawa keluarga dan nikmati persembahan, perarakan dan perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023

Pelbagai Acara Menarik Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023

Pelbagai acara menarik akan disaksikan pada sambutan tersebut. Antara acara-acara yang disediakan adalah seperti berikut.

Saksikan Aksi Payung Terjun 69 KOMANDO PDRM VAT69

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan aksi Payung Terjun 69 KOMANDO PDRM VAT69 Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2023, jam 7.00 pagi.

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023

Saksikan Kumpulan Pancaragam

Di samping itu, terdapat juga 36 Kumpulan Pancaragam yang akan mengiringi Acara Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2023, jam 7.00 pagi.

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023

Makluman Penutupan Jalan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023

Semak info penutupan jalan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023 dibawah untuk merancang perjalanan anda.

Raptai Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023

  • Tarikh: 27 Hingga 29 Ogos 2023
  • Masa: 5.00 – 11.00 Pagi
  • Lokasi: Sekitar Dataran Putrajaya

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023

Hari Sambutan

  • Tarikh: 31 Ogos 2023
  • Masa: 5.00 – 11.00 Pagi
  • Lokasi: Sekitar Dataran Putrajaya

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023

Perkhidmatan Shuttle Bus & Lokasi Tempat Letak Kereta Awam Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023

Anda ingin menggunakan shuttle bus atau menaiki kenderaan sendiri untuk ke Sambutan Hari Kebangsaan 2023 pada 31 Ogos 2023 (Khamis), bertempat di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya?

Usah risau, usah khuatir.

  • Semak jadual perkhidmatan Shuttle Bus dan pilih lokasi Pick Up & Drop-off berdekatan anda.
Selepas tengok perarakan, anda boleh pusing-pusing dengan menaiki bas untuk melawat tempat-tempat menarik di situ. Perkhidmatan bas perantara ini adalah dari Stesen MRT Putrajaya Sentral. Usah risau kerana semua perkhidmatan bas perantara khas ni adalah percuma sahaja.
  • Semak juga lokasi dan jumlah tempat letak kereta awam bagi melancarkan perjalanan anda ke lokasi sambutan.

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023

Maklumat Lanjut

Sebarang info terkini dan maklumat lanjut berkaitan Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023 ini, sila layari laman web UTAMA – Merdeka360 dari semasa ke semasa.

Diharapkan dengan info tentang Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023 ini sedikit sebanyak dapat menarik ramai rakyat Malaysia untuk sama-sama merancang dan turut hadir pada Sambutan Ambang Merdeka 2023 serta Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023 itu nanti.

Seluruh rakyat Malaysia dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023!

Ayuh kita sama-sama kibarkan Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kebangsaan yang ke-66 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2023 ini! #HKHM2023

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan lagi info-info yang terbaharu dan menarik di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala informasi yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More