Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Demi Wang : Sanggup tipu polis kerana tiada wang mahu kahwin!

Gagal Tuntut Insuran Demi Wang Perkahwinan

wang
Wang

Port Dickson: Sanggup menipu kenderaan miliknya dicuri semata-mata untuk mendapatkan wang ganti rugi insurans yang mahu digunakan bagi menampung majlis perkahwinan.

Difahamkan lelaki berusia 25 tahun itu membuat laporan polis berhubung kehilangan Kenderaan utiliti sukan (SUV) model Subaru Forester di perkarangan parkir Lukut Prima di sini, pada jam 9.30 malam, 20 April lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, hasil soal siasat awal, pengadu mendakwa meletakkan kenderaan miliknya itu di kawasan berkenaan untuk keluar makan bersama rakan.

“Sebaik dia kembali semula pada jam 9 malam, lelaki itu mendapati kenderaannya hilang sebelum membuat laporan polis.

“Namun selepas disoal siasat lanjut kami mendapati pengadu sengaja mengada-adakan dan membuat laporan palsu. Kenderaan itu disorok di lokasi lain.

“Dia sengaja mereka cerita kehilangan kenderaannya itu untuk membuat tuntutan insuran atas ‘kecurian’ yang berlaku,” katanya semalam.

Beliau berkata, lelaki terbabit mendakwa terdesak untuk mendapatkan wang untuk mengadakan majlis perkahwinan.

“Susulan itu lelaki itu tahan pada jam 1.30 petang, Isnin lalu, oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Port Dickson dan JSJ Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan kerana membuat laporan palsu,” katanya.

Menurutnya, polis akhirnya berjaya menemui semula kenderaan disorokkan lelaki itu di belakang pasar raya di Lukut di sini.

Aidi Sham berkata, lelaki itu yang bekerja sebagai penganalisis data itu kini masih ditahan di Lokap Polis Port Dickson untuk siasatan lanjut.

“Lelaki itu akan disiasat lanjut mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Pihak polis memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang masih berdegil membuat laporan polis palsu yang menyusahkan banyak pihak,” katanya.

Sumber Harian Metro

Artikel lain: Anggota PDRM Tolak RASUAH diberi Pengiktirafan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More