Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan SARA 2024: Semakan Kelayakan Bermula 22 Januari 2024

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai bantuan SARA 2024 untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.

Isi Kandungan

Bantuan SARA 2024 Mula Disalurkan Pada Isnin, 22 Januari

Dalam Belanjawan 2024, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah diluaskan kepada 700,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan bayaran RM100 sebulan selama 12 bulan melalui langkah yang sama, iaitu MyKad.

Menurut Kementerian Kewangan, mulai tahun 2024, SEMUA PENERIMA STR akan turut menerima bantuan SARA berbanding hanya kategori miskin tegar yang layak bagi tahun 2023.

Program subsidi bersasar SARA ini telah ditambah baik oleh Kerajaan dan bakal dilaksanakan secara berperingkat bermula 22 Januari 2024.

Bantuan SARA 2024 dengan menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi Madani.

Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar.

Kelayakan untuk menerima bantuan SARA adalah berasaskan status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih, iaitu data rujukan untuk kementerian dan agensi Kerajaan.

Pelaksanaan SARA akan bermula pada 22 Januari 2024 (Isnin) bagi penerima dari Semenanjung Malaysia, manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima dari negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula 19 Februari 2024 (Isnin).

Bantuan SARA 2024: Semakan Kelayakan Bermula 22 Januari 2024 1
SARA 2024

Sila rujuk Siaran Media Kementerian Kewangan berikut.

Bantuan SARA 2024: Semakan Kelayakan Bermula 22 Januari 2024 2
Bantuan SARA 2024: Semakan Kelayakan Bermula 22 Januari 2024 3
Bantuan SARA 2024: Semakan Kelayakan Bermula 22 Januari 2024 4

Kategori Penerima Bantuan SARA 2024

Kerajaan menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup.

2 kategori baharu telah diperkenalkan iaitu kategori isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari serta juga layak mendapat STR hingga RM2500 (bergantung kepada bilangan anak).

Kategori PenerimaKadar SARAStatus eKasih
Isi RumahRM 1,200Miskin Tegar & Miskin eKasih (700,000 Penerima)
Warga Emas Tiada PasanganRM 1,200Miskin Tegar & Miskin eKasih (700,000 Penerima)
BujangRM 600Miskin Tegar & Miskin eKasih (700,000 Penerima)
SARA 2024

Penerima STR serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih juga layak SARA 2024 seperti berikut:

  • Penerima STR Isi Rumah serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM300 setahun; dan
  • Penerima STR Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM150 setahun.

Pelaksanaannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat.

Kaedah Pemberian Bantuan SARA 2024

Bagi penerima program SARA di Semenanjung Malaysia, bantuan akan disalurkan secara bulanan iaitu RM100 sebulan untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM50 sebulan untuk golongan bujang. Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 atau RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih.

Bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bantuan SARA akan disalurkan 2 kali setahun, iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada setiap 1 hari bulan seperti jadual berikut:

TarikhKategori Isi Rumah & Warga Emas Tiada PasanganKategori Bujang
22 Januari 2024RM 100RM 50
1 Februari 2024RM 100RM 50
1 Mac 2024RM 100RM 50
1 April 2024RM 100RM 50
1 Mei 2024RM 100RM 50
1 Jun 2024RM 100RM 50
1 Julai 2024RM 100RM 50
1 Ogos 2024RM 100RM 50
1 September 2024RM 100RM 50
1 Oktober 2024RM 100RM 50
1 November 2024RM 100RM 50
1 Disember 2024RM 100RM 50
JumlahRM 1,200RM 600
SARA 2024

Semakan Kelayakan Bantuan SARA 2024

Semakan status kelayakan bantuan SARA akan dipaparkan pada laman web Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Penerima yang layak boleh membuat semakan terus di laman web STR atau semakan juga boleh dibuat melalui laman web MyKasih.

>>>Semakan Status SARA Melalui MyKasih<<<

Jika status anda LAYAK untuk menerima bantuan SARA 2024, anda akan menerima paparan LAYAK. Tetapi jika tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan mekanisme pelaksanaan SARA, anda boleh merujuk portal rasmi MyKasih mulai 22 Januari 2024.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More